Tahukah anda bagi masyarakat Banjar,’ mandai’ bukanlah suatu yang asing lagi dan bahkan ia sangat terkenal di Malaysia. Tetapi mungkin ada dalam kalangan anda tidak pernah mengetahuinya.
Mandai adalah cempedak atau nangka yang dibuat perapan atau jeruk untuk menjadikan hidangan makanan.
Membuatan mandai adalah sangat mudah kerana kebiasaannya masyarakat Banjar akan membuat mandai melalui proses rendaman bersama sedikit garam selama beberapa hari.
Cara membuat hidangan mandai adalah seperti berikut:
1. Buah cempedak atau nangka haruslah dalam keadaan matang setelah itu isi buahnya di ambil.
2. Kulit cempedak atau nangka kemudiannya dikupas sehingga kulit hijau tersebut menjadi putih, apabila sudah putih kulit tersebut akan digunakan.
3. Setelah itu, kulit dalam ini akan dipotong menjadi beberapa bahagian ikut pada kesukaan masing-masing.
4. Kulit yang sudah dikupas tadi kemudiannya dibasuh dengan air bersih dan ditoskan.
5. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian masukkan kulit itu ke dalam periuk buat seketika. Jangan terlalu lama kerana kulit tersebut akan menjadi lembik (anggaran 1-3 minit sehingga isinya lembut).
6. Toskan kulit yang sudah direbus tadi sehingga betul-betul sejuk.
7. Kemudian kulit tersebut boleh ditabur dengan sedikit garam mengikut kesesuaian dan diratakan keseluruh bahagian.
8. Kulit tersebut akan disimpan ke dalam bekas atau peti sejuk.
9. Proses perapan hanya mengambil masa selama 1 hingga 2 minit. Kemudian mandai sedia untuk dimasak atau digoreng dan siap untuk dihidangkan.
Untuk pengetahuan anda semua, kulit cempedak atau nangka yang digoreng ini sesuai dimakan bersama nasi putih.
Semoga para pembaca dapat memanfaatkan segala maklumat yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Sumber: Wanista