Anwar Menggesa Soal Peralihan Kuasa Tidak Dibincang Secara Terbuka

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya soal peralihan kuasa tidak dibincangkan secara terbuka serta menghormati konsensus yang telah dipersetujui pada Januari 2018.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan menerusi media sosial rasminya petang tadi, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson memberi jaminan untuk menyokong Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memimpin Malaysia. Beliau juga memberitahu, Dr. Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) telah berulang kali menegaskan komitmen untuk menjayakan proses peralihan kuasa, sambil menggesa keputusan tersebut dihormati supaya proses tersebut berjalan secara aman dan teratur.

Kenyataan tersebut dibuat tatkala isu peralihan kuasa semakin hangat dibicarakan semenjak beberapa minggu lalu. Isu tersebut menjadi semakin hangat selepas kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam pilihan raya kecil Parlimen Kimanis pada 18 Januari lalu.

Artikel Lain Untuk Di Baca