Anwar Ibrahim Tidak Akan Bincang Dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengadakan apa-apa perbincangan dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pembentukan kerajaan.

Anwar berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan berbincang dengan Dr. Mahathir berhubung penubuhan kerajaan baharu.

Sebagai respons, Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan bahawa Dr. Mahathir sudah meninggalkan PH walaupun gabungan itu masih wujud.

Jelasnya, “Kami masih lagi Pakatan Harapan dan dia (Dr. Mahathir) sudah meninggalkan PH.”

Anwar menjawab secara ringkas bahawa itu adalah keputusan Ahli Parlimen Langkawi tersebut apabila ditanya mengenai pelantikan semula Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengulas berhubung penyertaan semula BERSATU dalam PH, Anwar menjelaskan bahawa keputusan boleh berubah mengikut keadaan.

Dalam pada itu, peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Isnin lalu telah menggemparkan seluruh negara.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca