Anwar Ibrahim Sanggup Tunggu 6 Bulan Lagi Untuk Menjadi Perdana Menteri

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan Reuters semalam memberitahu bahawa beliau sedia untuk menunggu selama enam bulan lagi sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut wawancara itu lagi, Anwar berkata beliau yakin memperoleh sokongan yang mencukupi di Parlimen bagi tujuan itu. Tempoh enam bulan lagi, menurut beliau tidak menjadi masalah setelah beliau menunggu selama dua dekad.

“Jika ada permintaan untuk kembali ke Parlimen, sudah pasti ia boleh dilakukan, namun PH memiliki kuasa majoriti ketika ini. Walaupun bukan ahli PH, sebahagiannya akan menyokong Perdana Menteri,” kata Anwar dalam wawancara tersebut.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, Dr. Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas pilihan raya. Namun, beliau kemudiannya mengubah pendirian untuk terus menjadi Perdana Menteri sekurang-kurangnya hingga November ini, bagi menganjurkan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Wawancara ini disiarkan ketika spekulasi sedang bertiup kencang mengenai gabungan politk baharu di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan UMNO.

Pada Sabtu lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam membuat pendedahan mengenai rancangan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru melalui gabungan di antara UMNO dan beberapa parti lain. Beliau turut mendedahkan, gabungan politik baru yang dikatakan akan dinamakan sebagai Pakatan Nasional itu dijangka akan disertai oleh ahli-ahli parlimen daripada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebahagian daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) serta parti-parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). 

Untuk baca artikel lain berkenaan Pakatan Nasional, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca