“Anugerah Ex Paling ‘Rare'”, Wanita Ini Terharu Bekas Kekasih Datang Ziarah Selepas Bersalin

Siapa sahaja dalam kalangan kita yang sanggup berpisah dengan kekasih atau pasangan sendiri? Lebih-lebih lagi hubungan percintaan itu dibina atas rasa kasih dan sayang yang terbit dari hati yang tulus.

Namun, siapalah kita untuk menghalang ketentuan takdir yang Esa. Meskipun tiada jodoh, hubungan silaturahim antara sesama manusia haruslah tetap dijalinkan.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita yang baharu sahaja 5 hari melahirkan cahaya mata. Apa yang mengharukan adalah, bekas kekasih lama kepada wanita yang dikenali sebagai Erin ini datang ke rumahnya bersama-sama dengan buah tangan untuk melawat mereka anak-beranak.

Menerusi bebenang cerita yang dimuat naik oleh Erin, dia telah diceraikan sejak berada di fasa awal kehamilan. Jelas wanita itu, dia pernah menjalinkan hubungan kekasih bersama lelaki tersebut selama 4 tahun lebih.

Bagaimanapun, hubungan itu terpaksa dihentikan separuh jalan apabila dia nekad untuk meninggalkan lelaki tersebut sebelum dia berkahwin dengan teman baik sendiri yang telah lama dikenalinya. Tetapi, langit tak selalunya cerah. Wanita ini kemudiannya diceraikan oleh suaminya sendiri.

Difahamkan, bekas kekasih kepada Erin turut mengakui betapa sedih dan peritnya rasa yang dideritai apabila hubungan yang dibina bersama wanita itu terlondeh di tengah jalan.

Apa-apa pun, segalanya telah berlaku. Yang lalu, biarkan berlalu. Sikap bekas kekasih Erin yang sangat pemaaf dan murah hati ini sepatutnya dijadikan contoh dan tauladan kepada semua.

Kebanyakan warganet di Twitter juga tidak putus-putus berdoa akan sinar kebahagiaan buat mereka berdua. Siapa sangka, sekiranya ‘jodoh’ itu sememangnya milik mereka berdua?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca