Antara Selebriti Terkenal Di Barat Yang Berpegang Kepada Agama Islam

Menurut kajian pada tahun 2015, terdapat kira-kira 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia di mana kira-kira 24% daripada penduduk bumi. Dalam kalangan umat Islam ini pula, ada pelbagai bidang yang mereka ceburi untuk meneruskan hidup. Termasuklah menjadi seorang selebriti.

Sama ada mereka seorang pelakon, penyanyi, atlet mahupun model, agama Islam tetap akan menjadi agama mereka kerana ajaran yang sudahpun diterapkan sejak kecil.

Walaupun agama Islam sering dipandang sebagai ‘terrorist‘ oleh ramai penduduk di dunia, selebriti ini masih teguh berpegang kepada agama mereka dan terus terkenal sebagai pemeluk agama Islam dan mempertahankan haknya.

 

  1. Bella dan Gigi Hadid

Adik beradik Bella dan Gigi Hadid merupakan supermodel Palestin-Amerika yang berpegang kepada ajaran Islam sama seperti bapa mereka iaitu Mohamed Hadid, seorang pelarian yang tiba di Amerika Syarikat pada usia 14 tahun.

Bella Hadid dilihat begitu bersemangat menyatakan tentang kepercayaannya di Instagram ketika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melakukan sekatan terhadap orang Islam untuk memasuki Amerika Syarikat serta sering menyalahkan rakyat dari negara Islam sebagai punca kepada beberapa tempat di Amerika yang pernah terlibat dengan kes letupan bom.

Bella mengesahkan identiti beliau sebagai seorang Islam dalam temu bual bersama majalah Porter. Model fesyen Palestin-Amerika berusia 21 tahun ini memberitahu pihak penerbitan bahawa bapanya membesarkan dia dan adik-beradiknya dengan ajaran Islam sebagai satu bahagian penting dalam kehidupan mereka.

 

  2. Muhammad Ali 

Juara tinju kelas berat legenda, Muhammad Ali, adalah seorang Muslim yang taat. Dalam satu kenyataan Disember 2015, beliau memberitahu NBC News;

“Saya seorang Muslim dan tidak ada Islam membunuh orang yang tidak bersalah di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia. Orang Islam sejati tahu bahawa keganasan kejam yang disebut Jihad Islam adalah bertentangan dengan ajaran agama kita … Pemimpin politik kita harus menggunakan kedudukan mereka untuk membawa pemahaman mengenai agama Islam dan memperjelas bahawa pembunuh ini telah menyimpang pandangan orang terhadap apa Islam sebenarnya.”

 

3. Zayn Malik

Penyanyi berusia 25 tahun yang juga bekas kumpulan pop terkenal One Direction, Zayn Malik merupakan salah satu daripada umat Islam yang paling terkenal dalam budaya pop hari ini. Tetapi malangnya, identiti keagamaannya telah menjadi sumber kritikan dan konflik yang jelas untuk dia terus berkarya. Namun begitu, beliau tetap meneruskan kehidupannya sebagai penyanyi tanpa menghiraukan kritikan negatif daripada orang ramai.

Selepas beliau keluar daripada kumpulan One Direction, beliau telah mengeluarkan album solo pertamanya iaitu Mind Of Mine, sebuah album yang mempunyai persamaan dengan The Weeknd dari segi susunan muzik dan berjaya mendapat kritikan positif daripada orang ramai.

 

4. Mahershala Ali

Mahershala Ali adalah seorang pelakon daripada Hollywood yang pernah memenangi anugerah pelakon pembantu lelaki terbaik di Academy Awards untuk filem Moonlight (2016).

Semasa menerima Screen Actors Guild Award pada Januari 2017, pelakon itu bertegas melawan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang melarang beberapa pelarian dan pendatang dari tujuh negara yang majoritinya beragama Islam untuk memasuki negara tersebut.

 

5. Malala 

Malala adalah seorang aktivis daripada Pakistan yang memperjuangkan hak untuk belajar bagi pelajar perempuan di negara itu.

Selepas Malala terselamat daripada ditembak di kepala oleh Taliban, dia kemudian menjadi salah satu remaja yang paling terkenal di dunia dan dia telah menggunakan kemasyhuran itu untuk terus memperjuangkan hak pendidikan untuk gadis-gadis di negara Pakistan.

Beliau kini merupakan pemenang Hadiah Nobel termuda dan telah dinamakan sebagai “100 Orang Yang Paling Berpengaruh di Dunia” oleh majalah Time untuk tiga tahun berturut-turut (2013, 2014 dan 2015).

 

Kredit – Tazkirah , cbs news

Photo by Raghu Nayyar on Unsplash

Artikel Lain Untuk Di Baca