Antara Nasihat Penting Untuk Anak-Anak Muda Bagi Meneruskan Kehidupan

Kata-kata semangat, nasihat, dan tunjuk ajar adalah perkara asas yang penting dalam kehidupan kita. Kita perlukan kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan seharian tidak kira apa jua perkara yang kita lakukan.

Terutamanya untuk anak-anak muda, kata-kata semangat harus diterapkan untuk dijadikan sebagai inspirasi dalam diri mereka. Anak-anak muda perlukan nasihat, tunjuk ajar, dan kata-kata semangat kerana mereka masih lagi muda dan masih di dalam proses untuk mengenali diri mereka dan tujuan mereka hidup di dunia ini.

  1. Menghargai diri sendiri.

Belajarlah untuk mencintai dan menghargai diri sendiri terlebih dahulu. Hubungan paling penting yang anda perlu miliki adalah dengan diri anda sendiri. Sekiranya anda tidak menghargai diri anda, ada kemungkinan yang anda tidak akan dihargai dan dicintai oleh orang lain.

2. Mempunyai teman lelaki/wanita tidak semestinya membuatkan hidup anda lengkap.

Jangan mudah terpedaya dan cemburu dengan kebahagiaan pasangan romantik di sekolah atau universiti anda. Hakikatnya, mempunyai pasangan hidup tidak akan melengkapi hidup anda. Anda seorang manusia yang sempurna, lengkap dan sudah cukup untuk meneruskan kehidupan tanpa bantuan orang lain.

Pasangan yang bahagia bererti kedua-kedua pasangan itu melengkapi antara satu sama lain, bukan satu pasangan tidak boleh hidup kerana ketiadaan pasangan yang lain.

3. Jangan mensia-siakan persahabatan dengan orang baik.

Jika anda menjumpai seorang kawan yang baik, janganlah anda tikam belakang mereka. Sentiasa menghormati, menghargai, dan menyayangi mereka agar hubungan tidak putus kerana mungkin satu hari, anda akan minta tolong mereka apabila anda susah.

4. Sentiasa cakap ‘tolong’ dan ‘terima kasih’

Ingat tu.

5. Jangan buang masa dengan orang-orang yang negatif

Anda perlu fokus, bekerja dan mula melakukan keputusan untuk mencapai matlamat anda. Sebab itu anda tidak mempunyai masa untuk melayan orang-orang yang bersifat negatif. Lupakan mereka, tumpukan kepada apa yang anda lakukan sekarang.

6. Tangisan adalah perkara biasa

Jika anda menangis, tidak bermaksud anda seorang yang lemah. Kesedihan adalah emosi dalam diri manusia. Ia adalah sesuatu yang normal untuk berasa sedih. Sebenarnya kita perlukan kesedihan hari ini untuk menjadi lebih kebal dan kuat pada masa akan datang.

7. Bercita-cita tinggi

Kedengaran agak cliche, tetapi perkara asas ini penting untuk mengingatkan kita supaya ada lebih banyak cita-cita daripada memori ‘indah’ yang sudah berlalu. Tidak kira anda bercita-cita untuk menjadi seorang doktor, cikgu, pelakon, mahupun pembaca berita, teruskanlah bermimpi, kerana untuk bangun pagi dengan mempunyai satu matlamat dan cita-cita, adalah sesuatu yang lebih baik daripada bangun pagi tanpa tujuan hidup.

8. Jangan takut untuk melakukan kesilapan

Buatlah kesilapan banyak mana pun, demi belajar sesuatu yang baru. Ini lebih baik daripada anda tidak melakukan apa-apa.

9. Sentiasa bertanya

Sentiasa bertanyakan soalan ketika anda di dalam kelas, berjumpa dengan orang baru, mahupun ketika anda sesat jalan. Jangan malu bertanya, kerana dengan bertanya anda mungkin akan perolehi input yang baru. Ada banyak perkara yang anda belum tahu di dunia ini, jadi bertanyalah, belajar seusuatu yang baru.

10. Kejujuran adalah kunci

Kebenaran yang menyakitkan adalah lebih baik daripada penipuan. Apabila kita membesar, kita akan mula jaga perasaan orang lain untuk mengelakkan mereka berasa kecewa. Jadi, penting untuk kita jujur kepada orang lain kerana teguran itu mungkin akan jadi satu pengajaran untuk mereka.

Kredit – Huffingtonpost

Photo by Mike Erskine on Unsplash

Artikel Lain Untuk Di Baca