Air merupakan komponen penting yang diperlukan oleh badan manusia selepas udara. Unsur gabungan hidrogen dan oksigen ini berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan meneutralkan perjalanan hampir semua sistem yang bergerak dalam organ badan kita.
Pengambilan air sebanyak 2 liter merupakan isipadu optimum untuk seseorang individu ambil setiap sehari. Namun, sejauh mana kita mengambil tahu taraf kebersihan air yang kita minum setiap hari?
Melihat kembali zaman dahulu kala, masyarakat percaya bahawa air dijerang adalah terbaik kerana melalui proses pemanasan atau pendidihan, peratus bakteria dan virus dapat dikurangkan dan kebersihan air untuk diminum sangat menyakinkan.
Dengan adanya inovasi air tapis, masyarakat mula menitikberatkan kualiti air serta penjimatan masa. Tetapi, ada juga masyarakat yang masih mengekalkan tradisi minum air yang telah dijerang untuk menjamin kebersihan air yang lebih baik.
Air yang dijerang dipercayai lebih selamat untuk diminum kerana masyarakat berasa waswas dengan taraf keselamatan meminum air paip.
Kenyataan pernah dikeluarkan oleh Unit Kawalan Mutu Air Minum di mana Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjamin sumber air paip negara kita telah membekalkan air bebas bakteria sebanyak 99.6% dan selamat diminum sejak 1986. Tetapi, kualiti air mula merosot dan masyarakat dinasihatkan untuk minum air yang telah dijerang.
Ada juga sesetengah masyarakat yang sudah mula tidak menggemari air yang telah dijerang kerana rasa klorin dan risau akan punca saluran paip yang kotor atau berkarat. Bermula daripada kewujudan alat penapis air, masyarakat mula beralih kepada peranti ini kerana air yang dihasilkan lebih berkualiti dan menjimatkan masa.
Alat penapis air atau pelembut air berfungsi untuk menjalankan sistem rawatan air seperti penapis air osmosis berbalik, penyulingan dan karbon teraktif. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, air yang ditapis daripada alat penapis air dapat menyingkirkan rasa payau dan bendasing dalam bekalan air awam.
Dipercayai melalui penggunaan penapis air, masyarakat dapat minum air yang kandungan floridanya telah disingkirkan dan ini dapat mengurangkan risiko penyakit karies gigi.
[Penapis air yang terbaik adalah yang mampu memproses air seperti rasa air mineral. Dapatkan set Cuckoo di sini.]
Namun begitu, pengguna alat ini perlu mendapatkan servis mencuci alat penapis secara berkala supaya kualiti air dapat dikekalkan. Air yang ditapis perlu diminum mengikut jangka masanya kerana ia juga boleh rosak.
Kesimpulannya, pastikan punca air yang ingin diminum bebas daripada bakteria dan dijamin berkhasiat. Tidak kiralah air tersebut berpunca daripada kaedah dijerang atau ditapis, kedua-duanya perlu diambil kira taraf keselamatan air ke atas kesihatan kita dengan mendapatkan rujukan daripada pakar.
Penulis
- Nurulnasuha Sanusi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.