Anjing Ini Dilatih Mengesan Pesakit COVID-19 Tidak Simptomatik

Sebilangan individu yang mengalami jangkitan COVID-19 tidak mempunyai gejala penyakit atau simptom berkaitan. Ini yang dinamakan pesakit tidak simptomatik.

Individu tanpa simptom ini berkemungkinan boleh menyebarkan virus kepada orang lain tanpa sedar.

Baru-baru ini, Fakulti Veterinar Universiti Chulalongkorn mendapati bahawa projek enam bulan mereka yang membabitkan beberapa anjing terbukti berkesan.

Menurut laporan media, anjing berkenaan mampu mengesan individu yang tidak simptomatik dengan menghidu.

Ketua projek Profesor Kewali Chatdarong menjelaskan bahawa deria bau anjing adalah 50 kali ganda lebih terperinci daripada manusia.

Dari situ, mereka menjalani ujian bagi mengkaji keberkesanan mengesan pesakit tanpa simpton menerusi deria bau anjing.

Anjing berkenaan tidak perlu menghidu individu secara terus, tetapi boleh menghidu menerusi peluh manusia dan dari situ ia dapat mengesan virus dalam beberapa saat sahaja.

Kewali menyatakan bahawa apabila anjing tersebut menghidu sampel yang mengandungi COVID-19, ia terus duduk.

Sumber: Says

Semasa latihan, anjing-anjing baka Labrador Retriever telah dilepaskan untuk mengesan peluh pesakit menerusi set roda berputar yang terdapat enam tin mengandungi beberapa sampel.

Pengkaji dapat mengesahkan bahawa keseluruhan proses kajian tersebut adalah selamat untuk haiwan tersebut.

Sumber: Says

Enam anjing berkenaan akan diletakkan di beberapa lapangan terbang dan tempat pengangkutan awam di Thailang, memandangkan ia merupakan proses yang lebih cepat berbanding dengan imbas suhu badan.

Kewali berkata kepada Reuters bahawa ia hanya mengambil 1 hingga 2 saat untuk anjing mengesan virus tersebut.

Difahamkan perkara yang melibatkan anjing mengesan virus COVID-19 ini turut dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Finland, Jerman, Perancis dan Australia dengan ketepatan sebanyak 94 peratus.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca