Di negara Jepun, anjing baka Akita bernama Mame diberi penghargaan oleh polis kerana perkhidmatan cemerlangnya dalam menyelamatkan wanita tua yang dalam kesusahan.
Menurut polis, Mame menjumpai seorang wanita tua terjatuh di tepi jalan Senboku ketika ia sedang berjalan bersama tuannya sekitar jam 1 pagi pada 23 Mac lalu. Seterusnya, pemilik anjing tersebut memberitahu kakitangan di kedai serbaneka berdekatan untuk meminta bantuan.
Menurut laporan Kyodo News, wanita tua itu sedang berpakaian baju tidur dan tidak dapat memberikan nama dan alamat rumahnya. Kemudian, wanita itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pada 1 April, Mame dan pemiliknya diberi sijil penghargaan atas usaha mereka membantu wanita tua itu. Pihak polis memuji Mame kerana mengendali situasi ini dengan cemerlang dan perkara ini jarang berlaku kerana sijil penghargaan jarang diberikan kepada anjing peliharaan.