Angkat Permainan Tradisional, Drama Nenek Bongkok Tiga Bakal Temui Penonton Bermula 9 Februari Ini

Anda peminat drama bergenre seram thriler? Ini berita baik untuk anda!

Dibintangi barisan pelakon berbakat besar seperti Hun Haqeem, Meerqeen, Syafie Naswip, Sofia Jane dan Sara Ali, drama Nenek Bongkok Tiga bakal menemui para penonton di aplikasi penstriman Viu bermula 9 Februari ini.

Sinopsis Nenek Bongkok Tiga

Sumber: Instagram @realfimiedon

Drama arahan Yusry Abdul Halim ini membawa kisah lapan orang individu yang dijadikan tahanan di dalam sebuah rumah agam dihuni oleh seorang nenek bongkok tiga. Lebih menyeramkan lagi, rumah agam itu terletak di tengah hutan Bukit Luruh yang sememangnya terkenal dengan kisah orang hilang.

Wanita tua bongkok tiga yang dikenali sebagai Nenek (Sherie Merlis) itu pula mendakwa kelapan-lapan individu itu telah menceroboh masuk kawasan seekor makhluk yang dikenali sebagai Tuan Tanah.

Sumber: Instagram @viumalaysia

Bagaimana mereka mahu keluar dari dimensi yang tidak dikenali itu? Untuk dijadikan cerita, mereka perlu melakukan beberapa cabaran yang dicipta oleh Nenek jika mahu keluar dari dimensi misteri itu.

Siapa yang berjaya melepaskan diri dari rumah agam misteri itu? Siapa sebenarnya nenek bongkok tiga itu? Apa rahsia yang disembunyikan Bukit Luruh?

Anda perlu menonton Nenek Bongkok Tiga yang bakal menghantui para penonton pada setiap hari Khamis untuk mengetahui jawapannya!

Drama ini angkat permainan tradisional tempatan

Sumber: Instagram @hellosaraa

Memandangkan cabaran yang dicipta oleh Nenek berdasarkan permainan tradisional tempatan, ada juga yang mendakwa drama arahan Yusry Abdul Halim ini meniru idea Squid Game.

Memetik laporan mStar, penerbit Nenek Bongkok Tiga iaitu Zurina Ramli menjelaskan bahawa idea menghasilkan drama ini sebenarnya telah dibuat sebelum Squid Game ditayangkan lagi.

“Sebenarnya idea drama ini datang sebelum Squid Game. Menerusi Nenek Bongkok Tiga, ia menampilkan permainan tradisional tempatan seperti batu seremban dan enjit-enjit semut.

Sumber: mStar

Tidak hanya setakat permainan tradisional masyarakat Melayu, menerusi drama ini juga kami berpeluang bercakap dengan penulis dari Indonesia.

Terdapat banyak persamaan di antara dua budaya yang menjadikan projek ini nusantara,” ujarnya.

Apa pendapat anda? Anda boleh tonton trailer penuh Nenek Bongkok Tiga di bawah!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca