#LejenFlix: Angkat Isu Jenayah Juvana, Drama Baru Netflix ‘Juvenile Justice’ Papar Kisah Masalah Remaja

Netflix kembali lagi menayangkan drama Korea terbaru yang bertajuk Juvenile Justice pada 25 Februari yang lalu.  

Drama yang lebih memaparkan tentang realiti kehidupan ini telah mengangkat isu sistem keadilan jenayah juvana yang berlaku di Korea Selatan.

Dibintangi oleh pelakon wanita Kim Hye Soo sebagai Shim Eun Seok yang merupakan seorang hakim elit  dengan personaliti yang dingin.  

Shim Eun Seok ditugaskan untuk bertanggungjawab melaksanakan hukuman kepada remaja bawah umur di mahkamah juvana.

Personalitinya yang tegas itu menyebabkan dirinya mendapat nama samaran ‘Judge Max’ kerana sentiasa memastikan bahawa setiap pesalah yang melalui bilik mahkamahnya akan diberi hukuman maksimum.

Drama bersiri Netflix yang mempunyai 10 episod ini akan dipenuhi dengan kisah dalam menangani kes-kes yang rumit di dalam mahkamah juvana.

Pelbagai topik yang telah ditonjolkan dalam drama bersiri undang-undang ini seperti isu sistem pendidikan dan keadilan, keibubapaan, penyakit mental, sosioekonomi, dan juga moral.

Topik yang dipaparkan ini sekaligus mampu membuka mata penonton tentang kejadian sebenar yang berlaku di sekeliling masyarakat pada hari ini secara amnya.

Sementara itu, drama ini mendapat rating purata 8.9 dalam IMDb (67 penilai) dan 8.2 dalam MyDramaList (142 undian) setakat ini.

Drama yang kompleks ini memenangi hati penonton dengan jalan cerita yang penuh suspen, sinematografi dan kemahiran lakonan yang hebat daripada pelakon veteran serta pelakon baru.

Walaupun Juvenile Justice merupakan drama yang berat tetapi ianya berjaya menambat hati para penonton kerana percubaan mereka menunjukkan sisi gelap masyarakat mengenai isu jenayah berjaya memberi impak yang besar di dalam drama ini sendiri.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan #LejenFlix, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca