Angkara Percayakan Kawan, Alat Sulit Gadis Ini Hancur Selepas Diperkosa Beramai-Ramai

Seorang remaja perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat dirogol oleh sekumpulan rakannya semasa tidak sedarkan diri.

Gadis bernama Jhoselin Monical Calani berusia 17 tahun ini dikhabarkan meninggal dunia di hospital sewaktu menerima perawatan selepas dua minggu kejadian pahit itu berlaku.

Menurut laporan Daily Star, kejadian tersebut berlaku di Oruro, barat Bolivia. Lebih menyedihkan apabila alat sulit mangsa dikatakan hancur berikutan perbuatan kejam yang dilakukan oleh sekumpulan remaja lelaki berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku sejurus selepas mangsa tidak sedarkan diri akibat khayal setelah menikmati dua gelas minuman keras. Akibat kecederaan parah yang dialami oleh mangsa, dia dimasukkan ke dalam hospital untuk menjalani pembedahan.

Menurut kenyataan pihak pendakwa raya, pelaku secara sengaja mengambil kesempatan atas hubungan persahabatan mereka. Difahamkan bahawa suspek kini telah ditahan oleh pihak berkuasa dan kasus masih dalam siasatan.

Kesal dan kecewa atas kehilangan nyawa mangsa, pihak keluarga gadis tersebut berkata, “kami merana ketika meraikan graduasi anak kami. Keadilan ini harus ditegakkan.”

Sehubungan dengan itu, ibu dan bapa mangsa berharap agar pelaku segera menebus semua kesalahan yang telah dilakukan.

Bukan itu sahaja, mereka turut menyatakan agar pesalah tidak dihukum sebagai pesalah bawah umur. Ini kerana, jenayah berat seperti ini seharusnya menerima hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca