Angkara Gagal Bayar Hutang, Uganda Kemungkinan Kehilangan Lapangan Terbang Kepada China

Pada tahun 2015, Uganda telah menandatangani perjanjian yang melibatkan pinjaman wang bagi tujuan membesarkan satu-satunya lapangan terbang Uganda.

Perjanjian wang sebanyak $200 juta (~RM847.82 juta) daripada Export-Import Bank of China ini memerlukan Uganda membayar hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Pembayaran dengan nilai yang lebih tinggi atau cagarannya lapangan terbang tersebut bakal menjadi hak milik China.

Setelah 6 tahun berlalu, kerajaan Uganda dilaporkan gagal untuk membayar balik hutang kepada China. Hal ini sekaligus menyebabkan risiko kehilangan Lapangan Terbang Entebbe.

Kegagalan membayar balik hutang tersebut turut diakui oleh Menteri Kewangan Uganda, Matia Kasaija yang tampil memohon maaf atas kesalahan membuat pinjaman bernilai jutaan Ringgit tersebut.

Pihak Uganda kini sedang mengusahakan untuk berunding dengan pihak China agar mempertimbang semula klausa pinjaman lapangan terbang tunggal milik negara mereka.

Hal ini kerana, mereka tidak mahu lapangan terbang tersebut jatuh kepada penguasaan pihak kerajaan China. Sebuah pertemuan telah dilaporkan dibuat pada awal tahun ini namun pihak China tidak berminat dengan rundingan yang dicadangkan pihak Uganda.

Antara klausa yang ingin diubah oleh kerajaan Uganda ialah keperluan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam bagi mendapatkan kelulusan daripada pemberi pinjaman China untuk bajet dan rancangan strategiknya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitananda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca