Angkara Fon Kepala, Remaja Ini Kritikal Akibat Jatuh Dari Tingkat 3

Baru-baru ini, seorang remaja warganegara Britain ditemukan terjatuh dari tingkat 3 sebuah hotel yang terletak di Florence, Itali.

Remaja berusia 19 tahun itu kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal setelah kejadian yang membuatnya jatuh pada ketinggian 6 meter. Difahamkan, gadis terbabit mengalami kecederaan yang sangat serius di bahagian kepalanya.

Kronologi kisah yang membawa kepada peristiwa ini dilaporkan berpunca daripada fon kepala kepunyaan remaja tersebut yang terjatuh di bahagian tingkap berdekatan dengan balkoni dalam hotel tersebut.

Remaja ini kemudiannya bertindak dengan memanjat balkoni berkenaan.

Walau bagaimanapun, penghadang yang terdapat pada sekitar balkoni tidak kukuh sebagaimana yang disangkakan lalu mengakibatkan mangsa terbalik sebelum jatuh ke tanah.

Menurut laporan Mirror, kekasih kepada mangsa berkenaan turut berada pada tempat yang sama sewaktu peristiwa tersebut berlaku iaitu hanya beberapa meter dari lokasi kejadian sahaja.

Remaja tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Careggi, Florence untuk rawatan lanjut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca