Angkara Dikecam Jiran, Isteri Pesakit COVID-19 Ancam Bakar Rumah Sendiri

Tidak dinafikan, pandangan masyarakat terhadap penyakit jangkitan koronavirus (COVID-19) memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat sosial yang menganggap virus itu merupakan satu tragedi.

Ia menyebabkan ahli keluarga pesakit COVID-19 dipinggirkan dan dipandang serong oleh masyarakat setempat.

Sebuah keluarga pesakit positif virus COVID-19 di Lampung, Indonesia mengancam untuk membakar rumahnya sendiri akibat dikecam teruk oleh jirannya.

Ketua Kesihatan Kampung, Reihana mendedahkan bahawa isteri pesakit COVID-19 itu mengancam ingin membakar rumahnya kerana sudah tidak tahan dengan kecaman yang dilamparkan oleh jiran-jiran.

Faktor kurangnya pendidikan dan kesedaran bahawa pesakit COVID-19 masih boleh sembuh bukanlah sesuatu yang mengaibkan. Reihana berkata, pihaknya akan lebih peka tentang perkara itu selepas ini.

Komuniti setempat akan bertindak sendiri melarang keluarga pesakit untuk tidak keluar rumah walaupun mereka perlu keluar untuk membeli barang.

Sebelum ini, dilaporkan jenazah pesakit COVID-19 di Lampung itu terpaksa digali semula dari kubur akibat penduduk setempat tidak mahu menerima jenazah dikebumikan di situ.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan COVID-19 di Indonesia, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca