Angkara Cemburu Buta, Lelaki Ini Penggal Kepala Dan Cencang Badan Kekasih Sendiri Sehingga Mati

Seorang lelaki berusia 49 tahun yang dikenali sebagai Jason Farell mengaku atas tuduhan membunuh kekasihnya, Sammy Lee Lodwig dalam kediaman pelaku di Swansea, Wales, United Kingdom pada bulan April yang lalu.

Mangsa yang berusia 22 tahun dilaporkan telah diikat di atas katil lalu menikam wajah dan leher wanita tersebut berulang kali.

Lebih memilukan apabila pemeriksaan pihak berkuasa mendapati tikaman pada leher tersebut menyebabkan kerosakan teruk pada arteri dan saraf mangsa.

Sementara itu, tikaman pada bahagian dada mangsa terlalu dalam sehingga menembusi paru-parunya. Malahan, mulut mangsa turut diikat dengan tali pinggang sewaktu penyembelihan dilakukan oleh pelaku.

Lebih mengerikan apabila suspek turut menghiris mangsa secara perlahan-lahan. Hasil siasatan mendapati bahawa kasus pembunuhan itu terjadi akibat rasa cemburu yang terbit dalam diri pelaku.

Pelaku dikatakan berkenalan dan mula menjalinkan hubungan dengan mangsa selepas wanita berkenaan menjadi pelanggan tetap dalam perniagaan dadah.

Walau bagaimanapun, Farrel menafikan perbuatan tersebut sewaktu perbicaraan di Mahkamah Swansea. Oleh yang demikian, kes pembunuhan akan dibicarakan dengan dengan lebih lanjut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca