Angka Korban Meningkat Kepada 22 Orang, Gunung Berapi Semeru Aktif Semula

meletus semula

Gunung Berapi Semeru dikesan aktif semula pada Isnin semalam apabila memuntahkan lebih banyak abu menyebabkan operasi mencari mangsa yang terselamat ditangguhkan.

Sebelum ini, satu letusan kuat telah berlaku di gunung tertinggi Pulau Jawa itu pada Sabtu lepas.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederaan melecur yang teruk dan ada mangsa terkorban serta puluhan mangsa lain masih hilang.

Setakat hari ini, angka kematian meningkat sebanyak 22 orang manakala 27 lagi dilaporkan hilang.

Rakaman dari udara menunjukkan jalan-jalan dipenuhi abu gunung berapi dan lumpur yang menenggelamkan banyak kediaman dan kenderaan.

Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia mengesahkan gunung berapi itu meletus semula semalam. Selain itu, pusat tersebut turut memberi amaran aktiviti itu akan berterusan.

Pihak berkuasa menasihati orang ramai untuk menjaga jarak selamat agar tidak berada dalam radius lima kilometer dari kawah Gunung Semeru.

Sementara itu, usaha menyelamat agak sukar dilakukan buat masa ini kerana abu vulkanik mula mengeras selepas dilanda hujan.

Dapur awam dan fasiliti kesihatan telah disediakan untuk lebih 1,700 penduduk yang hilang tempat tinggal dan dipindahkan ke sana.

Semeru mempunyai ketinggian lebih 3,600 meter merupakan antara 100 gunung berapi aktif di Indonesia.

Letusan kuat terakhir berlaku pada Disember 2020 sehingga mengakibatkan beribu-ribu penduduk lari menyelamatkan diri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca