Angka Korban Meningkat, Daerah Suffolk County Pertimbang Simpan Jasad Di Bilik Sejuk Beku Kilang Proses Daging

Umum sudah tahu, Amerika Syarikat berada di tempat pertama negara yang paling ramai dijangkiti COVID-19 dan mempunyai angka korban yang paling tinggi di dunia.

Baru-baru ini, pihak berkuasa Suffolk County, New York sedang mempertimbangkan untuk menyimpan jasad di dalam bilik sejuk beku kilang memproses daging.

Hal ini kerana, mereka ingin mengatasi masalah kesesakan di rumah-rumah penyimpanan jasad susulan jumlah korban semakin meningkat.

Menurut Ketua Pemimpin Suffolk County, Steve Bellone, beliau mengambarkan situasi ini sangat mengejutkan.

“Kami melihat 50 hingga 60 orang meninggal dunia setiap hari akibat COVID-19,” kata Bellone.

Rakaman menyayat hati yang disiarkan di portal CNN menunjukkan jasad yang tidak terhitung jumlahnya berada dalam sebuah bilik penyimpanan jasad, malah ada juga yang disimpan dalam lori sejuk beku.

Tambahan lagi, pihak berkuasa daerah kini merancang untuk mengubah sebuah bangunan kilang memproses daging yang terletak di sebuah ladang untuk menjadi bilik penyimpanan jasad sementara.

Bangunan tersebut yang dikendalikan oleh Cornell Cooperative Extension dikatakan mampu menampung 300 jasad namun kapasiti itu boleh bertambah menjadi 400 jika diperlukan.

Suffolk County merupakan daerah yang dihuni 1.5 juta penduduk dan terletak di timur Long Island. Ia merupakan kawasan yang paling tinggi kes COVID-19 di New York.

Lebih 23,523 individu di daerah berkenaan telah dijangkiti virus tersebut dan 653 angka korban dicatatkan setakat ini.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca