Angka Korban Di New York Meningkat, Puluhan Jasad Mangsa Ditemukan Terbiar Dalam Lori

Pihak polis menemukan antara 40 hingga 60 jasad di dalam lori tanpa penyaman udara di luar sebuah rumah mayat di Brooklyn, Amerika Syarikat.

Memetik laporan New York Times, ia dikumpulkan di atas satu sama lain menyebabkan cecair yang keluar daripada pembungkus jasad itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan sehingga penduduk di kawasan sekitar terpaksa membuat laporan polis.

Tidak berhenti di situ, ada juga antara jasad tersebut yang dibiarkan di atas lantai bangunan berkenaan berdasarkan keterangan saksi.

Sumber: Daily Mail

Pemilik Andrew Cleckley Funeral Services, Andrew T. Cleckley berkata bahawa jasad-jasad itu seharusnya dihantar ke krematorium iaitu tempat membakar mayat tetapi ia tidak dibawa ke sana.

Menurut Andrew lagi, peti sejuk rumah mayat berkenaan tidak berfungsi dengan baik. Atas sebab itu, jasad-jasad mangsa terpaksa disimpan di dalam trak.

Sementara itu, pemilik inventori Pemco iaitu pembekal peralatan dapur berhampiran Andrew Cleckley Funeral Services turut menganggap situasi itu sebagai satu bencana.

“Mereka menyimpan jasad di dalam trak. COVID-19 meragut nyawa manusia tetapi sekiranya kita lihat daripada perspektif berbeza, mereka yang sudah tiada ini diperlakukan dengan tidak berperikemanusiaan,” ujarnya.

Sebagai rekod, Amerika Syarikat mencatatkan 1,131,452 kes positif COVID-19 manakala 65,776 daripada mereka tewas kepada wabak tersebut sehingga ke hari ini.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempunyai sedikit kelonggaran pada fasa keempat, rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang PKP ini dilaksanakan. Kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca