Angka Korban Dalam Kalangan Doktor Di Itali Semakin Meningkat

Hari demi hari kita akan menerima khabar sedih berkaitan COVID-19, doktor yang merupakan petugas barisan hadapan merupakan satu jawatan yang amat penting dan perlu kita lindungi ketika ini untuk membendung pandemik.

Menurut laporan, angka korban akibat COVID-19 dalam kalangan doktor di Itali telah meningkat kepada 120 orang berikutan empat lagi doktor telah meninggal dunia, semalam.

Persekutuan Doktor Kebangsaan (FNOMCeO) memaklumkan korban terbaharu adalah Patrizia Longo dan Elisabetta Mangiarii yang kedua-duanya adalah doktor keluarga, Enrico Boggio, doktor gigi dan Eugenio Malachia Brianza, doktor SERD.

Hanya sekadar hiasan.

Jumlah ini termasuk doktor yang telah bersara dan kembali bertugas di barisan hadapan untuk bersama-sama berjuang melawan pandemik COVID-19.

Untuk rekod, Itali kini mencatatkan 165,155 jumlah kes positif COVID-19 dan 21,645 angka korban.

Rakyat dinasihati untuk sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa. Patuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca