Angin Kencang Berterusan, MET Malaysia Ramal Hujan Pagi Sehingga 6 Februari

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan menerusi Twitter memaklumkan bahawa angin kencang di timur Sabah dan Pantai Timur Semenanjung dijangka berterusan hingga 6 Februari.

Hal tersebut boleh mengakibatkan cuaca lembab dan hujan di kawasan berkenaan pada sebelah pagi.

MET Malaysia meramalkan angin kencang berterusan di timur Sabah dan Pantai Timur Semenanjung sehingga 6 Februari menyebabkan hujan pagi di kawasan berkenaan. *Gambar hiasan

Ramalan itu berdasarkan analisis Model Penyelidikan dan Ramalan Cuaca MetMalaysia (MET-WRF), Pusat Ramalan Cuaca Julat-Sederhana Eropah (ECMWF) dan Sistem Ramalan Global (GFS).

“Susulan itu Pantai Timur Semenanjung dan timur Sabah dijangka mengalami cuaca lembap yang membawa kepada hujan pada sebelah pagi.

“Sementara itu, kawasan Barat Sabah, barat dan tengah Sarawak serta Pantai Barat Semenanjung khususnya Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan pedalaman Pahang dijangka mengalami ribut petir. Kawasan ini juga turut diramal berlaku hujan pada petang hingga awal malam,” lapor MET Malaysia.

Manakala untuk negeri utara Semenanjung, bagi tempoh tujuh hari yang bermula esok, cuaca dijangka kekal panas dan kering.

Antara Selasa hingga Ahad depan (2 hingga 6 Februari), angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan.

Dinasihatkan kepada orang ramai untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial. Anda juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih mengenai cuaca.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca