Anggota TLDM Maut, Wanita Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah Dijatuhkan Hukuman

Ahad lalu, polis telah menahan pemandu Perodua Myvi yang telah terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi. Kemalangan terbabit telah menyebabkan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31, maut di tempat kejadian, manakala dua lagi mangsa, Nur Fatin Nazrah, 23, dan Chang Ah May, 78, mengalami kecederaan ringan.

Sumber : Bernama

Pemandu wanita terbabit yang terlibat dalam kejadian Sabtu lalu, telah dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM8,000 setelah dia mengaku bersalah atas kemalangan yang membabitkan kenderaannya dengan dua lagi kereta jenis Honda Accord dan Proton Iswara di Kompleks Mahkamah Johor Bahru pagi tadi dengan menaiki kerusi roda yang dibantu oleh polis trafik.

Dipercayai, pemandu berusia 23 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalannya yang sudah tamat tempoh tetapi sudah dilepaskan atas jaminan polis sementara perlu menunggu pendakwaan.

Laporan saringan awal air kencing mendapati pemandu Myvi itu positif dadah dan telah disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan turut siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain.

Sumber: Kosmo

Mangsa didapati mempunyai tiga orang anak yang berusia lima, dua tahun dan lapan bulan.

Untuk membaca lebih artikel yang berkaitan, sila klik pada pautan dibawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca