Anggota Sulit Lelaki Ini Menerima 15 Jahitan Akibat Digigit Ular Sawa Ketika Melepaskan ‘Hajat’

Pernah tak anda sering mengalami perasaan paranoid setiap kali anda nak gunakan tandas? Macam mana kalau ada sesuatu keluar dari lubang tandas tu?

Mungkin selepas ini anda patut ada perasaan takut setiap kali anda ingin menggunakan tandas kerana seorang lelaki di Bangkok cedera selepas digigit seekor ular sawa yang berada dalam lubang tandas tersebut.

 

 

Semasa kejadian, Terdsak Kaewpangpan, 45 tahun cedera di bahagian kemaluannya selepas digigit ular sawa sepanjang 10 kaki itu. Kejadian dikatakan berlaku di tandas tempat Terdsak bekerja.

“Semasa hendak bangun, saya merasakan gigitan pada bahagian alat sulit saya dan saya dapat agak ia gigitan ular. Saya terus bangun dan tarik kepala ular sawa tu daripada menggigit kemaluan.”

Jeritan Terdsak didengari oleh rakan sekerjanya lalu mereka membawanya ke hospital berdekatan di mana dia menerima 15 jahitan akibat gigitan tersebut.

Kata Terdsak, dua bulan yang lalu ular berkenaan telah dijumpai di salah satu tandas jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunakan tandas itu. Namun tanpa disangka, rupa-rupanya saluran paip tandas itu bersambung.

 

 

Pasukan penyelamat mengambil masa selama 30 minit bagi mengeluarkan ular sawa tersebut. Ular sawa itu dilaporkan akan dilepaskan di kawasan hutan.

 

Artikel Lain Untuk Di Baca