Seorang Anggota Polis Terkorban Dilanggar Pemandu Mabuk Ketika Sekatan Jalan Raya Di Kajang

Seorang anggota polis maut dalam satu nahas jalan raya yang berlaku ketika mangsa bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya LEKAS, awal pagi Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang iaitu Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu yang sedang di bawah pengaruh alkohol kira-kira jam 2 pagi.

“Kejadian berlaku apabila pemandu kereta Toyota Hilux yang datang dari arah Kajang menuju ke Plaza Tol Kajang Selatan gagal mengawal kenderaan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Pemandu tersebut telah melanggar seorang anggota polis sedang bertugas serta kenderaan polis yang diletakkan di tepi jalan.

“Kenderaan tersebut telah menghempap mangsa sehinggakan menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan, sekali gus meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Berkata lanjut mengenai perkara itu, Mohd Zaid berkata laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya namun pemandu Hilux masih belum melakukan tindakan yang sama. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Untuk baca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca