Anggaran Kekayaan RM20 Bilion, Kenali 4 Kanak-Kanak Paling Kaya Di Dunia

Wang ringgit tidak boleh membeli kebahagian tetapi mampu untuk menjadikan hidup dengan lebih mudah dan seronok. Mengikut penilaian pada tahun 2019, terdapat empat kanak-kanak cilik yang memiliki kekayaan berjuta-juta ringgit. Sebahagian daripada mereka memiliki kekayaan dengan usaha sendiri walaupun dengan bantuan ibu bapa.

Berikut kami kongsikan empat kanak-kanak paling kaya di dunia:

1. Puteri Charlotte of Cambridge (3 tahun)

Gelaran kanak-kanak terkaya jatuh kepada adik perempuan Putera George iaitu Puteri Charlotte dengan anggaran RM20.7 bilion. Puteri Charlotte merupakan anak perempuan kepada Duke and Duchess of Cambridge iaitu Prince William dan Kate Middleton.

Penilaian terhadap kekayaan Puteri Charlotte kebanyakannya disebabkan oleh pengaruhnya dalam industri fesyen.

2. Putera George of Cambridge (5 tahun)

Putera George of Cambridge atau nama penuhnya George Alexander Louis merupakan abang kepada Puteri Charlotte of Cambridge. Anggaran kekayaan Putera George of Cambridge ialah RM12.4 bilion.

3. Blue Ivy Carter (7 tahun)

Ibu dan bapa kanak-kanak ini adalah kuasa besar dalam industri muzik iaitu Jay Z dan Beyonce. Blue Ivy Carter mempunyai anggaran kekayaan sebanyak RM4.14 bilion.

Nilai bersih Blue Ivy didorong oleh nilai jenamanya yang semakin meningkat.

4. Ryan (8 tahun)

Siapa tidak mengenali Ryan? Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ini telah meraih keuntungan hanya dengan membuat kajian semula permainan baru dan bermain dengannya dalam saluran Ryan Toysreview. Salurannya kini mempunyai lebih daripada 17 juta pengikut.

Anggaran nilai kekayaan Ryan adalah sebanyak RM45.5 juta.

Kanak-kanak ini sangat beruntung kerana memiliki kehidupan yang serba mewah. Namun, kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan. Biar hidup ala kadar tetapi menemui kebahagiaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca