Anggap Kekasih Seperti Haiwan Peliharaan, Raline Shah Akui Tidak Banyak Pengalaman Bercinta

Aktres jelita Indonesia, Raline Shah baru-baru ini mencuri perhatian orang ramai selepas membuat satu pengakuan yang mengejutkan ketika membuat kemunculan dalam vlog Daniel Mananta.

Menerusi video berkenaan, pelakon filem Polis Evo 2 itu buka cerita bahawa dia bukan seorang yang selalu bercinta dan turut mengaku bahawa usia percintaannya tidak kekal panjang.

Sumber: Instagram @ralineshah

“Saya tidak mempunyai banyak pengalaman bercinta. Hubungan saya paling lama adalah tiga tahun manakala yang paling singkat ialah satu tahun,” jelasnya.

Raline menganggap bahawa usia percintaannya yang singkat adalah kerana sikap yang ditunjukkan oleh aktres tersebut kepada bekas kekasihnya.

Sebagai seorang pencinta haiwan, Raline mengaku bahawa dia menjaga buah hatinya seperti sedang memelihara haiwan kesayangannya.

“Saya adalah seorang pencinta haiwan. Atas sebab itu, saya kadang-kadang melayan kekasih seperti my pet kerana terbiasa mengurus haiwan peliharaan,” akui Raline sambil ketawa.

Selepas mendengar pengakuan berkenaan, Daniel tidak dapat menyembunyikan reaksi terkejutnya dan mengulang semula apa yang diperkatakan oleh Raline, “Sekejap, maksud anda melayan kekasih seperti haiwan peliharaan?”

Sumber: Instagram @ralineshah

Raline kemudiannya memberi penjelasan dengan berkata dia tetap memberi layanan yang baik kepada kekasih walaupun mereka melakukan perkara buruk.

“Sebagai contoh, saya tidak akan marah apabila dia mabuk. Saya sebaliknya akan menjaganya dengan begitu baik. Namun, saya kemudiannya ditinggalkan,” cerita Raline.

Walaupun begitu, Raline berkata perpisahan dengan kekasih terakhirnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.

Ini kerana lelaki yang dilabelkan sebagai seorang yang sangat baik dan terbuka itu akhirnya menyedarkan dirinya bahawa Raline terlalu memberi perhatian terhadap buah hatinya selama ini.

“Dia berkata kepada saya, ‘aku bukan haiwan peliharaanmu’,” tambah Raline.

Apa pendapat anda berkenaan pengakuan Raline?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan selebriti antarabangsa, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca