Angelina Jolie Bakal Menyertai Filem Marvel Tidak Lama Lagi

Pelakon Hollywood terkenal, Angelina Jolie bakal menyertai filem Marvel “The Eternals” arahan Chloe Zhao, sorang pengarah Amerika-Asia yang menceritakan tentang manusia yang mempunyai kuasa luar biasa dipanggil “Eternals” melindungi bumi daripada musuh, Deviants.

Walaupun tiada kenyataan jelas mengenai watak yang bakal dimainkan, terdapat beberapa spekulasi dibuat seperti The Gurdian iaitu beliau akan memainkan watak Sersi yang merupakan seorang manusia memiliki kuasa luar biasa daripada makhluk asing.

Sumber: ign.com

Walaupun The Eternals merupakan filem superhero pertama baginya, ia bukanlah kali pertama beliau membintangi filem adaptasi komik seperti ini kerana beliau pernah melakonkan watak di dalam filem Wanted (2007) karya Mark Millar.

Buat masa ini, beliau sedang menghabiskan pengembaraan filem Malficient: Mistress of Evil, sekuel filem Malficient yang bakal ditanyangkan pada bulan Oktober tahun ini.

Anda pasti tidak sabar melihat Angelina Jolie berlakon di dalam filem Marvel ini, bukan?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca