Anehnya Burger Dan Kentang Goreng McDonald’s Ini Tidak Pernah Mereput Walaupun Sudah 10 Tahun

Kini dipamerkan di selatan Iceland, hampir 400,000 orang tidak melepaskan peluang daripada menyaksikan sendiri burger dan kentang goreng yang tidak mereput setelah 10 tahun berlalu.

Burger tersebut merupakan pesanan terakhir seorang pelanggan yang nekad menyimpannya setelah membeli makanan itu di restoran makanan segera McDonald’s 10 tahun lepas sebelum restoran itu ditutup di Iceland.

Iceland merupakan satu-satunya negara Barat yang tidak mempunyai sebarang francais itu di negaranya setelah menutup tiga cawangan McDnonald’s ekoran krisis kewangan pada tahun 2009.

Pemilik burger dan kentang goreng itu, Hjortur Smarason membeli makanan segera itu pada tarikh 31 Oktober 2009 semata-mata untuk menjalankan satu eksperimen ke atas makanan terbabit.

“Saya membuat keputusan untuk membeli menu terakhir itu sebagai kenangan. Saya juga mahu melihat sendiri sama ada menu McDonald’s tidak akan mereput seperti yang diperkatakan orang ramai,” kata Smarason yang bekerja sebagai pengurus komunikasi untuk sebuah syarikat dalam pengkhususan pelancongan angkasa.

Menurut Hjortur, dia menyimpan burger dan kentang goreng tersebut di dalam garaj sebelum menyerahkannya kepada Muzium Negara Iceland ketika berpindah ke sebuah hotel di Reykjavik secara sementara.

Burger tersebut kini dipamerkan seperti hasil seni di dalam kotak kaca di Snotra House iaitu sebuah hostel di Thykkvibaer, selatan Iceland.

“Ramai orang dari seluruh dunia datang ke sini hanya untuk melihat burger tersebut,” kata pemiliknya, Sigurdur Gylfason yang mendakwa mereka menerima kunjungan sehingga 400,000 orang pada setiap hari.

Sementara itu, pensyarah kanan di Fakulti Sains Makanan di Universiti Iceland, Bjorn Adalbjornsson memaklumkan bahawa tanpa kelembapan, makanan boleh menjadi kering dan tidak mereput.

Pada 2013, McDonald’s pernah memberi penjelasan bahawa burger mereka juga boleh mereput seperti makanan lain dalam persekitaran dengan ‘kelembapan khusus’.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca