Stress adalah tindak balas fizikal (tubuh badan) yang mempengaruhi emosi, perasaan dan mental kepada sebarang perubahan yang terjadi.
Kenapa berlakunya stress?
Stress terjadi akibat daripada diri sendiri, mungkin terlalu menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara kerana apa yang dihajati tidak kesampaian atau tidak berjaya. Selain itu, stress juga disebabkan oleh konflik yang berlaku dalam sesebuah keluarga dari aspek rumah tangga, kewangan dan tragedi yang menimpa dalam keluarga. Di samping itu, faktor pekerjaan juga menjadi salah satu sebab berlakunya stress kerana bebanan kerja yang dihadapi, mungkin juga konflik antara rakan sekerja sehingga berlaku salah faham.
Antara tanda-tanda stress:
1. Letih keterlaluan
2. Cepat marah
3. Gelisah
4. Gangguan tidur
5. Perubahan selera makan
6. Tingkah laku agresif
Apa yang anda perlu lakukan ketika marah?
1. Bertenang iaitu anda perlu tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan.
2. Kenal pasti punca anda kenapa anda berasa marah kerana jika tidak dapat mengawal keadaan, tinggalkan tempat itu dengan serta merta.
3. Anda perlu berbincang dengan ahli keluarga atau kenalan rapat, supaya anda dapat meluahkan segala masalah yang dihadapi kepada mereka.
Selamat membaca. Semoga segala perkongsian ini memberi ilmu pengetahuan dan manfaat bagi menangani masalah stress anda!