KONGSIKAN

Adakah anda sering letih keterlaluan, sakit kepala, cepat marah atau gelisah? Jika ya, anda mungkin mengalami stres. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh anda amalkan agar anda bebas dari stres!

 

Apa itu stres?

Stres adalah tindak balas fizikal (badan) dan emosi (perasaan) dan mental kepada sebarang perubahan. Terdapat beberapa sebab yang boleh membawa kepada stres. Antaranya ialah:

  • Diri sendiri (harapan terlalu tinggi terhadap diri sendiri)
  • Keluarga (konflik rumah tangga, kewangan dan tragedi
  • Pekerjaan (beban kerja)
  • Konflik dengan rakan sekerja

 

 

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan bagi menangani stres. Pertama, anda harus kenal pasti apakah tanda-tanda stres yang anda alami. Berikut merupakan tanda-tanda bagi mereka yang mengalami stres:

  • letih keterlaluan
  • sakit kepala
  • cepat marah
  • gelisah
  • gangguan tidur
  • perubahan selera makan
  • tingkah laku agresif

 

 

Foto: Google

 

Amalkan 10B!

Bagi menangani stres dengan bijak, anda boleh amalkan 10B yang berikut.

  • Bersyukur
  • Bernafas dengan teratur
  • Bicara diri
  • Beribadat
  • Berkongsi perasaan
  • Berehat dan berurut
  • Mendengar muzik
  • Beriadah
  • Bersenam
  • Berfikiran positif

 

Tangani stres dengan bijak agar ia tidak mendatangkan kesan buruk kepada anda. Stres tiada, hidup lebih gembira!

 

[Anda ada karya yang ingin diterbitkan di iamlejen.com? Hantarkan cerpen, certot, sajak atau puisi tulisan anda ke shahrizatahmad@lejenpress.com beserta dengan nama pena pilihan anda. Selamat mencuba!]