Anda Perlu Elak Beli 5 Barang Ini Secara Dalam Talian

Anda boleh selesaikan pelbagai perkara dengan menggunakan internet seperti membayar bil, membeli tiket penerbangan dan barangan dapur.

Walau bagaimanapun, kami kongsikan lima barangan yang tidak sesuai dibeli secara dalam talian menerusi artikel ini:

1. Kosmetik

Walaupun produk kosmetik menjadi salah satu item rebutan ramai secara dalam talian, anda lebih digalakkan untuk membeli produk berkenaan di kedai supaya lebih berpuas hati. Sebagai peringatan, anda perlu ingat bahawa bukan semua produk kecantikan atau alat solek itu sesuai dengan kulit seseorang.

2. Minyak wangi

Sama seperti produk kosmetik, anda tidak digalakkan untuk membuat pembelian minyak wangi secara dalam talian. Anda perlu mencuba minyak wangi itu sendiri untuk memastikan wangian itu sesuai dengan diri kita.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak mudah terpengaruh dengan jualan murah dan potongan harga kerana ia mungkin adalah minyak wangi palsu serta tidak tahan lama.

3. Ubat-ubatan

orange and white medication pill

Sekiranya anda tidak tahu, ia merupakan satu perkara yang membahayakan kesihatan jika kita membeli ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.

4. Barang bersaiz besar

Perabot dan peralatan elektrik bukannya tidak boleh dibeli secara dalam talian tetapi sanggupkah anda menanggung risiko barang yang dipesan sampai dalam keadaan menyayat hati?

Secara ringkasnya, ia mungkin lebih menguntungkan anda sekiranya beli barang bersaiz besar di kedai daripada menggunakan platform beli-belah dalam talian.

5. Barangan berjenama

Siapa sahaja yang tidak rambang mata apabila mampu memiliki sebuah tas tangan jenama Chanel dengan harga serendah RM1,000? Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak terperdaya dengan harga runtuh yang ditawarkan oleh para peniaga.

Secara logiknya, tas tangan jenama mewah seperti ini tidak mungkin berharga semurah itu. Sama seperti produk kosmetik dan minyak wangi, terdapat lambakan produk tiruan di pasaran yang semakin sukar dibezakan dengan barangan asli membuatkan para pembeli terus rambang mata.

Pada pendapat anda, apakah barangan yang lebih sesuai dibeli secara dalam talian dan sebaliknya?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan online shopping, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca