Anda Peminat Keju? 10 Fakta ‘Cheesy’ Ini Untuk Anda

Keju adalah salah satu hasil produk tenusu yang digunakan secara meluas dalam sektor pembuatan makanan. Keju dihasilkan daripada susu dan boleh didapati dalam pelbagai pilihan perasa, tekstur, dan bentuk. Kebiasaannya, ia dihasilkan daripada susu lembu, kerbau, kambing, dan juga biri-biri. Jika dibandingkan dengan produk-produk tenusu lain seperti susu, krim, dan yogurt, keju mengandungi kandungan laktosa yang agak rendah.

Adakah anda seorang penggemar produk tenusu ini? Jika ya, ayuh ketahui 10 fakta menarik tentang keju.

1. Keju Dihasilkan Pada Lebih Kurang 4000 Tahun Dahulu Secara Tidak Sengaja

Dikatakan bahawa keju pertama di muka bumi ini telah dihasilkan secara tidak sengaja. Bagaimana? Susu telah disimpan di dalam satu bekas dengan bahagian perut haiwan. Enzim yang terdapat pada bahagian perut haiwan tersebut telah terasing kepada dua bentuk – cecair (whey) dan pepejal (dadih atau curd). Dadih itulah keju.

Sumber: GOQii blog

2. Sesetengah Jenis Keju Diharamkan Di Amerika Syarikat

Berikutan aspek keselamatan dan kesihatan berkaitan dengan bakteria, Food and Drugs Administration of United States (FDA) telah menyekat kemasukan beberapa jenis keju ke Amerika Syarikat. Ini termasuklah jenis keju yang dihasilkan menggunakan susu mentah yang tempohnya kurang dari 60 hari seperti Brie de Meaux, Reblochon, Valencay, Epoisses, Roquefort, dan Camembert de Normandie.

3. Tikus Tidak Gemar Akan Keju

Di sebalik kepercayaan dan mitos popular yang kita percaya selama ini, tikus sebenarnya tidak menyukai keju. Jika diberi peluang untuk memilih, mereka akan lebih memilih untuk makan manisan dan bahan makanan yang mengandungi karbohidrat.

4. Individu Yang Mempunyai Alahan Kepada Laktosa Tidak Boleh Makan Keju? Anda Salah.

Jika anda adalah seorang yang mempunyai alahan kepada laktosa, anda masih boleh menikmati sebarang produk dan hidangan yang mengandungi keju. Bagaimana? Cukup dengan sekadar anda memilih jenis keju yang sesuai. Keju yang agak berusia mengandungi kurang kandungan laktosa dibandingkan dengan keju segar. Antara contoh jenis keju yang anda boleh nikmati adalah Cheddar, Provolone, dan Parmesan.

5. Mengapa Ada Beberapa Nama Keju Bermula Dengan Huruf Besar?

Hal ini kerana nama-nama keju ini diberi bersempena dengan nama sesebuah bandar seperti Asiago, Brie, Camembert, Gouda, Gruye, dan Parmesan. Bayangkan saja anda tinggal di sebuah bandar bernama Parmesan.

6. Keju Sebenarnya Bukan Berwarna Jingga

Tahukah anda bahawa keju asalnya bukanlah berwarna jingga? Pada abad ke 17, pembuat dan pengeluar keju mula mewarnakan keju-keju yang dihasilkan dengan warna jingga untuk memperdayakan pembeli. Hal ini kerana pembeli percaya keju yang berwarna jingga adalah jauh lebih berkualiti.

7. Keju Paling Mahal Di Dunia Dihasilkan Daripada Susu… Keldai?

Keju Pule adalah keju yang paling mahal di dunia. Keju ini dihasilkan daripada susu keldai Bulkan dari Serbia. Boleh didapati dengan harga $600 setiap paun, susu telah diperah daripada lebih kurang 100 ekor keldai betina untuk pembuatan keju Pule. Selain itu, tiga gelen susu diperlukan untuk menghasilkan satu paun keju ini. Anda boleh baca informasi lebih lanjut di pautan ini.

Sumber: BBC

8. Keju Di Perancis Berbeza-Beza Setiap Hari

Penduduk Perancis mempunyai pelbagai jenis keju yang berbeza-beza setiap hari dalam setahun. Pakar keju menjangkakan terdapat lebih kurang 1000 jenis keju yang berbeza.

9. Adakah Keju Buat Kita Ketagih?

Menurut kajian, keju boleh menjadikan seseorang itu menjadi ketagih dan “craving for more”. Kenapa? Ini kerana keju mengandungi lebihan morfin yang diperolehi secara semulajadi daripada hati lembu.

Sekarang anda tahu.

10. Keju Boleh Menyebabkan Mimpi Pelik?

Stilton adalah salah satu jenis keju biru atau blue cheese. Khabarnya, keju ini telah menyebabkan individu yang menikmatinya mempunyai mimpi pelik dengan kerap.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca