Anda Mengalami Sakit Gastrik? Ini Rawatan Secara Tradisional

Kita sedia maklum bahawa gastrik merupakan sejenis penyakit yang disebabkan ketidakseimbangan asid dan pepsin pada usus kita. Terdapat beberapa orang yang akan mengalami atau akan berasa sakit dan lemah yang amat sangat jika diserang penyakit ini.

Banyak ubat-ubatan dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antagonis H2, perencat Pam Proton (PPI) dan Antasid.

Tetapi sekiranya tiada ubat-ubatan ini, anda boleh mencuba cara tradisional seperti minum susu sejuk, makan pisang dan mengunyah bunga cengkih.

Anda tahu bunga cengkih mengandungi banyak khasiat dan dapat membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut serta meningkatkan penghasilan air liur. Caranya adalah dengan menggigit satu bunga cengkih dan biarkan sekejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

Anda boleh mencuba cara ini untuk mengurangkan sakit gastrik anda.

Sumber: Era Je

Artikel Lain Untuk Di Baca