Anda Ingin Menguasai Bahasa Inggeris? Tips Ini Mungkin Membantu!

Penulis akui bahawa bahasa bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikuasai. Untuk menguasai sesuatu bahasa, mahu sahaja memakan masa bertahun-tahun.

Belajar bahasa memerlukan ketekunan dan kerajinan. Language is all about passion. Kalau anda betul-betul determine dalam mempelajari sesuatu bahasa, insya-Allah segalanya akan menjadi mudah.

Penulis sendiri sedang dalam usaha untuk menguasai Hangul (Bahasa Korea), tetapi itu pun terkandas kerana kemalasan yang menguasai diri. Habis progress tak kemanalah!

Penulis bukanlah seorang pakar dalam bidang bahasa tetapi penulis merasakan bahawa tips-tips ini mungkin boleh membantu rakan-rakan di luar sana yang mungkin baru sahaja menyimpan hasrat untuk belajar Bahasa Inggeris. Sharing is caring, isn’t it?

Tips-tips ini penulis akan susun secara berperingkat. Kesemua tips-tips ini tidak dijamin 100% keberkesanannya kerana ia bergantung kepada learning style setiap individu.

Baik, mari kita mulakan!

 

Tips #1: Learn From Scratch

Ya. Learn from scratch. Maksud penulis di sini adalah kita belajar dari awal seperti kanak-kanak yang baru sahaja belajar membaca dan menulis.

Untuk konteks ini, kita mulakan dengan mengenal perkataan-perkataan mudah untuk benda, binatang, manusia dan buah-buahan.

Sebagai contoh: cat, brother, aeroplane, banana.

Pada masa yang sama, cuba praktikkan penggunaan perkataan-perkataan yang anda pelajari itu dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, apabila anda terlihat seekor kucing di hadapan rumah anda – sebut cat’ instead of ‘kucing’ kerana ini sedikit sebanyak membantu di dalam proses pembelajaran anda.

Tips tambahan: Penulis sarankan untuk anda mencatat kesemua perkataan yang telah anda pelajari di dalam sebuah buku nota kecil (buku nota bersaiz seperti buku 555 sudah mencukupi).

Buku nota ini akan menjadi ‘Vocabulary Book’ anda dimana segala perkataan baharu akan anda catat di dalamnya. Tambahan pula, ia memudahkan anda untuk mengulangkaji.

 

Tips #2: Learn The Basic Grammar Rules

Mungkin bakal ada yang mempertikaikan perihal penulis meletakkan tips ini di tempat yang kedua. Bukankah bagi mereka yang baru sahaja belajar Bahasa Inggeris, grammar adalah sangat mustahil untuk difahami?

Seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris juga mempunyai hukum tatabahasa. Penulis mengaku 100% bahawa grammar bukanlah suatu perkara yang mudah – ia sangat susah!

Tetapi asas pengetahuan kita dalam hukum tatabahasa adalah sangat penting. Sebagai permulaan, cukuplah sekadar mengetahui hukum penggunaan verb-to-be seperti is, are dan am.

Jangan paksa diri anda untuk belajar hukum-hukum nahu yang lebih advanced seperti present continuous tense dan past participle! Cari nahas namanya!

 

Tips Tambahan: Untuk lebih memahami tentang penggunaan hukum-hukum grammar seperti penggunaan verb-to-be, penulis sarankan agar anda mempraktikkan penggunaan ini dengan membina ayat mudah.

Sebagai contoh:

  • He is a boy.
  • We are a family.

 

Tips #3: Kamus Itu Penting!

Kebanyakan daripada kita tidak menghargai kewujudan sebuah kamus (termasuk penulis sendiri huhu…) tetapi hakikatnya, kamus adalah sahabat paling bermakna ketika kita sedang mempelajari sesebuah bahasa.

“Alah, beratlah bawak kamus besar-besar ke sana ke mari!”

Kawanku, bukankah sekarang ini zaman serba canggih? Ada handphone kan? Hah, perkara paling mudah – muat turun aplikasi kamus digital di telefon pintar anda. Kan mudah?

Ataupun jika anda seorang yang gemar mencatat dan mewarnakan (highlight) perkataan-perkataan penting, sila teruskan dengan penggunaan kamus ya?

Ingat, jangan sombong tak rujuk kamus!

 

Tips Tambahan: Sebagai permulaan, anda digalakkan untuk menggunakan kamus BM-BI. Nanti bila tahap kefasihan anda sudah meningkat,  anda disarankan untuk bertukar pula kepada penggunaan kamus BI-BI.

Penulis guna kamus ni bertahun dah. Selain daripada Oxford Advanced Learner’s, anda juga boleh menggunakan kamus Merriam-Webster ataupun Collins.

 

Tips #4: Muzik dan Filem

Siapa kata hiburan tidak dapat membantu dalam proses pembelajaran? Hakikatnya, pembelajaran melalui muzik dan filem adalah lebih menyeronokkan.

Tetapi harus diingat, anda janganlah mendengar muzik atau menonton filem itu menonong saja. Anda harus menangkap intipati cara pembelajaran ini.

 

Muzik

Apabila anda mendengar muzik, dengar sebutan penyanyi tersebut ketika menyebut bait-bait lirik lagu yang dinyanyikannya. Untuk lagi memudahkan anda menangkap cara sebutannya, anda lihat lirik lagu tersebut semasa anda mendengarnya.

Selain itu, anda juga dapat menambah perkataan-perkataan baharu dalam ‘Vocabulary Book’ anda.

Sebagai contoh, anda ingin menyatakan bahawa yang anda sangat membenci individu tersebut. Kebetulan, anda sedang mendengar lagu ‘The Sharpest Lives’ nyanyian My Chemical Romance.

Di dalam lagu tersebut, terdapat bait lirik yang berbunyi:

“You’re the one that I need, I’m the one that you loathe”

Anda tertarik dengan perkataan ‘loathe’ itu. Apabila anda rujuk kamus, perkataan itu membawa maksud ‘feel intense dislike or disgust’ – perasaan benci yang teramat.

Nah, ingat tadi niat anda untuk menyatakan kebencian anda kepada seseorang? Daripada ayat “I hate you so much” anda tukarkan kepada “I loathe you”.

Kan nampak bijak sikit. Heh.

 

 

Filem

Semasa menonton filem, cuba untuk menonton dengan sari kata Bahasa Inggeris. Dengan cara ini, anda dapat mempelajari cara sebutan yang betul.

 

Tips Tambahan: Apabila anda sudah sampai ke peringkat advanced, cuba untuk tidak menonton filem dengan sebarang sari kata. Ini sedikit sebanyak dapat menguji penguasaan Bahasa Inggeris anda.

Penulis sendiri akui bahawa penulis banyak mempelajari Bahasa Inggeris daripada muzik dan juga filem. Anda juga boleh cuba untuk menonton sitkom-sitkom Amerika Syarikat seperti The Office, Friends dan How I Met Your Mother untuk mengasah skil Bahasa Inggeris anda.

 

Tips #5: Berlatih dengan Berkomunikasi

Jangan malu untuk berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan orang di sekeliling anda. Letak tepi dahulu hukum tatabahasa dan sebagainya.

Yang penting dalam mempelajari sesebuah bahasa adalah anda mempraktikkan bahasa tersebut. Mulakan dengan kata-kata ucapan mudah seperti “Good Morning!” ataupun “How are you?”.

Dengan ini, tahap keyakinan anda untuk berbual dalam Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.

 

Tips Tambahan: Bila anda memuat naik status di laman sosial, cuba untuk memuat naik status tersebut di dalam Bahasa Inggeris. Jika anda malu untuk berbuat demikian, cuba untuk berbalas pesanan di dalam Bahasa Inggeris.

 

 

Itu sahaja sedikit sebanyak tips yang dapat penulis kongsikan. Secara jujurnya, kesemua tips ini telah penulis praktikkan daripada tadika lagi sehingga kini kerana minat yang mendalam terhadap Bahasa Inggeris.

Diharapkan tips-tips ini dapat membantu anda. Practices make perfect.

Good luck!

 

Foto Paparan Utama: New Straits Time

Artikel Lain Untuk Di Baca