Kos melancong ke luar negara mahal ke? Well. Banyak kos yang perlu kita tanggung seperti kos perjalanan, makan minum dan lain-lain lagi. Kalau boleh berjimat, kita jimat. Bukan apa, kalau selalu nak melancong atau menjelajah, kita kenalah berjimat untuk perjalanan yang seterusnya.
Okay, di sini penulis ingin berkongsi 5 tips belanja paling jimat ketika melancong ke luar negara iaitu ke negara Jepun :
1. Pilih Tempat Yang Tidak Dikenakan Kos
Antara tempat yang tidak dikenakan bayaran seperti Shinjuku Gyoen National Park. Shinjuku Gyoen National Park merupakan taman tradisional yamg tertua di Jepun. Di taman ini terdapat pelbagai tarikan seperti tasik kecil, jambatan tradisional, dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Taman ini juga sesuai untuk pengunjung bersantai bersama keluarga tercinta terutamanya pada musim bunga sakura.
2. Menggunakan Pengangkutan Awam
Untuk makluman anda menggunakan pengangkutan awam lebih jimat berbanding anda menyewa kenderaan di sana. Banyak syarikat bas di Jepun menawarkan tiket atau pas dengan harga yang berpatutan. Tetapi tiket ini boleh digunakan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Pas boleh digunakan bila-bila masa sahaja dan boleh digunakan selama dua bulan. Menurut sumber bas di sana sangat selesa, bersih dan nyaman.
3. Menginap Di Hotel Bajet
Selesa atau mewah? Penulis akan lebih memihak kepada bilik yang selesa untuk tidur berbanding dengan menginap dalam bilik yang serba mewah. Tujuannya adalah untuk meluaskan perbelanjaan harian dengan bajet yang rendah seperti melewati bandar anime Akihabara di Tokyo.
4. Cari Tempat Jual Barangan Murah Untuk Cenderamata
Sememangnya di Malaysia ada banyak kedai Daiso, tapi Daiso di Jepun besarnya sampai 5 tingkat banggunan. Anda boleh bayangkan berapa lama masa yang anda boleh spend dalam Daiso tambah pula harga barangan sekitar RM2 keatas sahaja.
5. Bawa Makanan Sendiri Atau Lebihkan Makanan Segera Jepun
Jika anda ingin berjimat dalam pemakanan anda boleh membawa makanan sendiri dari Malaysia namun jika malas anda boleh membeli makanan segera orang Jepun. Kebiasaan makanan segera orang Jepun ialah Matsuya, Sukiya, Yoshinoya, Mister Donut dan Burger MOS. Harga bagi makanan di atas sangatlah berpatutan.
Bagi anda yang suka dengan tempat nyaman dan bersih, anda boleh melancong ke negara Jepun. Kita sedia maklum bahawa negara Jepun merupakan salah satu negara yang pembersih. Jadi tidak salah untuk anda memilih Jepun sebagai tempat kegemaran anda untuk melancong.
Kalau anda ingin mengetahui lebih tentang negara Jepun, anda boleh membeli buku Fujiyama yang diterbitkan oleh Lejen Press. Anda boleh membaca di wattpad untuk bab-bab awal sekiranya anda berminta anda boleh membeli buku ini secara online di laman web Lejen Press.
Semoga dengan tips-tips ini dapat membantu anda dalam merancang perjalanan anda untuk melancong ke luar negara.