Anda Boleh Hidup Tanpa Big Mac? Ini Negara-Negara Yang Tiada McDonald

Di negara kita, McDonald kelihatan ada di mana-mana dan mungkin terletak bersebelahan universiti, pejabat atau depan rumah.

Kami pasti anda mungkin sudah biasa dengan makanan ikonik berasal dari Amerika ini dari set Happy Meal sehinggalah set besar McChicken.

Walaupun restoran serba merah dan kuning ni telah bertapak dan menguasai hampir separuh planet bumi, terdapat kira-kira 105 negara yang tidak dapat merasai kesedapan hidangan restoran ini atau tidak berminat dengannya.

Antara negara-negara tersebut adalah:

1. Iceland

Dulu restoran McDonald pernah ada di negara berpulau ini sebelum Iceland mengalami krisis kewangan yang serius. Jadi hampir semua perniagaan makanan segera termasuk McDonald terjejas dan menarik diri dari terus beroperasi di negara itu.

Ketika cawangan pertama kali dibuka di negara itu pada tahun 1993, foto-foto David Oddsson, perdana menteri ketika itu yang sedang melahap burger mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar negara itu.

Media juga menganggarkan kira-kira 15,000 rakyat Iceland datang hampir setiap hari ketika minggu akhir operasi McDonald.

Kini, burger McDonald terakhir di negara itu dipulihara dan boleh ditemui di Reykjavik sebagai kenangan.

2. Jamaica

Pada 14 Oktober 2005, pukul 8 malam waktu tempatan, semua cawangan McDonald di negara itu telah menutup pintu restoran mereka untuk kali terakhir.

Jenama tersebut gagal di negara itu kerana burger-burger McDonald dikatakan tidak cukup besar untuk memuaskan selera makan rakyat Jamaica di samping kekurangan pelaburan.

Sejak itu, Happy Meal tidak lagi kembali ke negara itu.

3. Korea Utara

Negara komunis ini amat pantang dengan produk-produk daripada kapitalis Barat. Kuasa di tangan para diktator ini menyebabkan kenapa Bic Mac tidak pernah sampai ke Pyongyang, Korea Utara.

Namun begitu, rejim elit negara berkenaan dilaporkan telah menggunakan pengangkutan udara negara tersebut iaitu Air Koryo untuk menyeludup hidangan McDonald dari Korea Selatan pada tahun 2011.

4. Ghana

McDonalds dilaporkan pernah terfikir untuk membuka cawangan di Ghana pada awal tahun 2011.

Tetapi perancangan itu ditangguhkan apabila mendapati rakyat negara itu dikatakan tidak mempunyai pendapatan stabil untuk menjadi pelanggan tetap restoran tersebut.

5. Zimbabwe

Pada tahun 2010, terdapat kenyataan bahawa cawangan pertama McDonald akan dipimpin oleh Presiden Robert Mugabe, salah seorang diktator yang paling lama berkhidmat di Afrika.

Namun begitu, pihak McDonald kata nanti dulu kerana mereka masih mencari syarikat yang betul, seseorang yang berpengalaman dan “berintegriti tinggi” bagi menguruskan francais tersebut.

Ghana sukar mendapat kepercayaan McDonald kerana dilaporkan kegiatan ekonomi negara tersebut adalah menjalani perniagaan berlian secara haram dan pelbagai lagi faktor lain.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca