Anda Boleh Dikenakan Tindakan Jika Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Tahukah anda bahawa tindakan memanggil rakan sekerja dengan panggilan manja seperti sayang adalah gangguan seksual?

Untuk dijadikan cerita, satu kejadian melibatkan salah seorang bos yang pernah bekerja di Murphy Sarawak Oil telah membuktikan perkara tersebut.

Bukan sahaja lelaki berkenaan kerap memanggil setiausahanya dengan panggilan sayang di tempat kerja, dia juga cuba melakukan sentuhan terhadap wanita berkenaan.

Ia dilaporkan berlaku pada Februari 2015. Kejadian ini berlaku hanya beberapa minggu selepas lelaki terbabit ditugaskan untuk bersama setiausahanya yang baru ketika itu.

Lelaki ini difahamkan tidak menunggu lama untuk memanggil wanita berkenaan dengan panggilan sayang. Dia juga tidak mengendahkan permintaan setiausaha terbabit yang meminta dirinya untuk menghentikan tindakan tersebut.

Memetik laporan AskLegal, “Dia juga guna panggilan sayang dalam mesej pesanan ringkas ketika mengucapkan selamat pagi. Ada ketikanya, lelaki itu turut menyertakan gambar dan kata-kata yang tidak sopan.”

Sumber: AskLegal

Namun, konflik antara bos dengan setiausaha ini akhirnya mencapai kemuncak selepas mereka mempunyai perselisihan faham ketika menghadiri aktiviti team building di mana lelaki tersebut memarahi wanita berkenaan.

Susulan daripada kejadian tersebut, wanita itu membuat keputusan untuk berhenti kerja serta-merta selepas kejadian yang berlangsung selama dua bulan ditugaskan untuk menjadi setiausaha lelaki tersebut.

Walau bagaimanapun, gangguan terhadap wanita itu hanya diketahui pihak syarikat selepas setiausaha berkenaan mengambil tempoh seminggu untuk menghantar notis meletak jawatan.

Apabila ditanya kenapa wanita itu mengambil masa terlalu lama untuk menghantar notis tersebut, dia menjelaskan dirinya masih dihantui trauma daripada gangguan yang dialaminya sebelum ini.

Selepas menerima laporan berkaitan kejadian tersebut, pihak syarikat akhirnya menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan itu.

Pihak syarikat bagaimanapun tidak mengambil masa yang lama untuk menyabitkan kesalahan yang dibuat lelaki tersebut kerana tindakannya memanggil sayang melalui pelbagai cara sudah cukup untuk buktikan dia bersalah.

Oleh itu, lelaki berkenaan dibuang kerja dua bulan selepas keputusan tersebut dibuat.

Sekiranya kelakuan kenalan atau pekerja lain membuatkan anda atau rakan sekerja tidak selesa, ia boleh dilaporkan kepada pihak majikan supaya perkara ini tidak menjadi budaya di tempat kerja.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca