Anda Berani Menjejakkan Kaki Ke Tiga Tempat Paling Berhantu Ini?

Anda percaya akan kejadian-kejadian paranormal?

Tidak kisahlah sama ada anda percaya ataupun tidak, kebanyakan orang memiliki ketaksuban untuk mengetahui lebih lagi tentang alam lain.

Tetapi persoalannya, berapa ramai dalam kalangan mereka yang betul-betul berani untuk menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu?

Penulis senaraikan lima tempat yang paling berhantu di dunia yang mungkin anda boleh lawati (jika anda benar-benar berani!).

 

#1. Penjara Eastern State, Philadelphia (Amerika Syarikat)

Tidak dinafikan, penjara adalah tempat yang menyeramkan selain daripada hospital. Tempat ini adalah salah satu tempat paling berhantu yang popular di dunia.

Penjara Eastern State terkenal kerana ‘menyimpan’ penjenayah-penjenayah berbahaya seperti Al Capone dan Willie Sutton. Walau bagaimanapun, laporan tentang aktiviti-aktiviti paranormal yang berlaku di penjara ini sejak tahun 1940-an mengukuhkan lagi reputasi gelapnya.

Foto: Mysterious Monsters

Penjara ini menjadi penjara pertama yang menjalankan sesi pengasingan bersendirian kepada para banduannya. Lebih teruk lagi, hud hitam dipakaikan di kepala banduan untuk memastikan si banduan tidak melihat muka manusia lain semasa sesi pengasingan.

Ini kebiasaannya menyebabkan para banduan menjadi gila dan roh-roh banduan yang terdahulu, kini menghantui penjara tersebut.

Antara kejadian-kejadian paranormal yang direkodkan termasuklah penampakan roh di menara pengawal, hilai tawa misteri di sel blok 12, muka manusia muncul di sel blok 4 dan bunyi tapak kaki yang menggerunkan di bilik-bilik kosong dan kaki lima.

 

#2. Hospital Old Changi  (Singapura)

Hospital Old Changi ini dibuka pada tahun 1935 tetapi digunakan sebagai penjara dan kem seksaan oleh Polis Rahsia Jepun (Kempeitai) semasa Perang Dunia Ke-2.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2, bangunan tersebut terus digunakan untuk beroperasi sebagai sebuah hospital sebelum ditutup pada tahun 1997.

Dikatakan hospital tersebut dihuni oleh hantu-hantu askar Jepun, orang-orang yang dipancung dan juga pesakit-pesakit yang mati disitu.

Koridor hospital tersebut dikatakan dihantui oleh seorang lelaki tua yang merayau tanpa hala tujuan yang kemudian hilang daripada pandangan secara tiba-tiba. Kelibat wanita juga dilihat di beberapa buah bilik.

Foto: Stomp

 

#3. Lawang Sewu (Indonesia)

Dibina pada tahun 1917 oleh Syarikat Keretapi Hindia Timur Belanda, Lawang Sewu (Seribu Pintu), telah diduduki oleh kuasa Jepun semasa Perang Dunia Ke-2.

Ruang bawah tanah di bangunan B telah digunakan sebagai penjara (untuk warga Belanda). Ruang bawah tanah itu juga dijadikan sebagai tapak seksaan dan pelaksanaan hukuman mati yang kejam.

Kini, Lawang Sewu dipercayai sebagai tempat paling berhantu di Indonesia dan menjadi hotspot pilihan pemburu hantu.

Dikatakan roh tanpa kepala didapati merayau-rayau di kawasan Lawang Sewu dan yang paling popular adalah penampakan hantu wanita Belanda yang dipercayai membunuh diri di sini.

Jika anda bernasib baik, anda mungkin juga akan bertemu dengan Cik Pon.

 

Berminat untuk melakukan lawatan ke tiga lokasi ini?

 

Sumber: Kayak

Artikel Lain Untuk Di Baca