Ancaman Kelangsungan Manusia, Bilangan Sperma Lelaki Di Seluruh Dunia Turun 50%

Menurut kajian perubatan terkini, ia didapati bahawa bahawa dalam tempoh 50 tahun yang lalu, bilangan sperma manusia menurun lebih dari 50 peratus di seluruh dunia. Hasil kajian tersebut bukan saja membawa kebimbangan besar pada kesihatan kaum lelaki, tapi juga kepada kelangsungan manusia.

Sumber: Freepik

Lapor portal berita Express, kiraan sperma bukan sahaja petunjuk status kesuburan individu, tetapi juga penunjuk kesihatan lelaki secara amnya. Apabila seseorang mempunyai kiraan yang rendah, ia boleh juga dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kronik, kanser testis dan jangka hayat yang lebih pendek.

Sumber: Getty Images Signature

Pakar perubatan reproduktif dari Universiti Dundee Dr Sarah Martins da Silva menyatakan, “Pendedahan kepada pencemaran, plastik, tabiat merokok, penggunaan dadah serta gaya hidup tidak sihat dan diet yang buruk merupakan faktor-faktor yang banyak kali pernah dicadangkan sebagai penyumbang penurunan kiraan sperma, namun realitinya, sumber sebenar masih tidak lagi diketahui.”

“Kemandulan adalah masalah kesihatan global. Populasi dunia hanya nampak seperi ia berkembang pesat, tetapi data yang dikumpul menunjukkan yang satu daripada enam pasangan mengalami kesukaran untuk hamil. Masalah kesuburan lelaki semakin biasa dan menyumbang hampir separuh daripada semua kes,” sambung Dr Sarah.

Sumber: Storyblocks

Pasukan penyelidik antarabangsa meneliti hampir 3,000 kajian yang merekodkan kiraan sperma lelaki antara 2014 dan 2020 menerusi kajian terbaharu yang diterbitkan dalam jurnal Human Reproduction Update.

Kiraan sperma biasa dianggap melebihi 40 juta setiap mililiter tetapi pada peringkat populasi, purata kiraan sperma menurun daripada 104 juta kepada 49 juta setiap mililiter daripada 1973 hingga 2019.

Walaupun terdapat juga pakar yang kurang yakin dengan data berkenaan kerana kaedah mengira sperma telah banyak berubah sehingga mustahil untuk membandingkannya dengan cara lama, tetapi nombor dan penemuan yang konsisten membuatnya sukar untuk menafikan yang punca penurunan kiraan hanya datang dari menggunakan kaedah lain.

Sumber: WinFertility

Ramai pakar sains menyeru pada skala global supaya tindakan-tindakan sewajar diambil seperti untuk mempromosikan persekitaran yang yang lebih bersih dan sihat untuk semua spesies dan mengurangkan pendedahan dan tingkah laku yang boleh memudaratkan kesihatan reproduktif kaum lelaki.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca