Daerah Victoria di Australia sekali lagi mengeluarkan amaran kecemasan ekoran ramalan kebakaran hutan belukar yang melanda negara itu akan menjadi lebih teruk.

Pihak berkuasa Victoria sebelum ini sudah mengeluarkan notis pemindahan di sebahagian besar daerah itu semenjak beberapa minggu lalu telah melanjutkannya selama 48 jam. Penduduk yang berada di zon bahaya dinasihatkan supaya berpindah apabila keadaan selamat untuk berbuat demikian.
Meskipun kebakaran hutan belukar di negara itu sudah berlaku semenjak September lalu, bahagian tenggara Australia dijangka bakal melalui fasa kebakaran paling teruk kelak.
Kebakaran terbabit dijangka akan menjadi lebih parah pada hari Jumaat susulan ramalan cuaca panas dan kering akan melanda.

Secara keseluruhan, seramai 26 individu sudah terkorban susulan bencana berkenaan, manakala, ribuan yang lain hilang tempat tinggal dan terpaksa dipindahkan selepas kebakaran itu membakar lebih 10 juta hektar tanah.
Amaran bahaya ini turut dikeluarkan di kawasan selatan Australia dan New South Wales di mana kebakaran terbabit masih terus berleluasa.

Kebanyakan bandar yang terjejas kini sudah terputus bekalan eletrik dan telekomunikasi, manakala, sebahagiannya pula hampir kehabisan bekalan makanan dan minuman. Asap tebal susulan kebakaran kini menyelubungi Sydney, Melbourne dan Canberra. Malah, ia turut berterbangan sehingga ke Amerika Selatan.
Menurut Biro Meteorologi, tahun 2019 merupakan tahun paling panas dan kering di Australia. Kejadian itu dikatakan berpunca daripada dua fenomena cuaca dan perubahan iklim dunia.
Untuk membaca artikel lain berkaitan kebakaran hutan belukar di Australia, sila klik pada pautan di bawah: