Anak yang enggan ke sekolah adalah salah satu masalah normal yang sering dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa di luar sana, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk ke alam persekolahan.
Antara sebab yang menjadi punca kepada masalah ini ialah mereka mungkin berasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah. Hal ini akan memberi kesan kepada si anak. Yang pasti, mesti ada sesuatu yang menyebabkan si anak tidak mahu ke sekolah.
Perkara sebegini perlu diambil serius kerana akan memberikan kesan yang negatif kepada si anak hingga menyebabkan si anak langsung tidak mahu ke sekolah. Selidik punca masalah, apa yang menyebabkan anak tidak mahu ke sekolah.
Berikut penulis kongsikan 5 tips untuk menangani masalah ini:
1. Bercerita Tentang Sekolah
Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, si anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosi si anak akan lebih bersedia.
2. Ibu Bapa Perlu Mengawal Emosi
Mereka perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi ibu bapa akan mempengaruhi emosi si anak. Jika ibu bapa lebih beremosi seperti menangis melihat si anak, mungkin si anak akan turut menangis.
3. Positif
Ibu bapa perlu berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama.
4. Tidak Lewat Mengambil Si Anak
Pastikan anda tidak lewat mengambil si anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama.
5. Bertanya Aktiviti
Sering bertanya aktiviti si anak di sekolah, berkawan dengan siapa dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahan si anak.
Semoga tips-tips ini memberikan inspirasi kepada anda semua.