Anak Penjual Ikan Ini Raih 7A Dalam SPM

Kejayaan tidak diukur melalui harta dan wang ringgit tetapi melalui usaha dan kegigihan seseorang itu.

Hari ini Nurul Syuhada Rohaizad, 18, telah membuktikan bahawa anak kepada penjual ikan juga mampu bergelar insan yang berjaya. Perit jerih yang dilalui oleh Nurul Syuhada dan keluarga akhirnya berbaloi.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas ini menyatakan bahawa kejayaan yang diperolehinya merupakan hadiah buat ibunya Norliza Ali, 44, seorang suri rumah serta ayahnya Rohaizad Othman, 43 seorang penjual ikan yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih Syuhada kepada gurunya yang tidak putus asa membantunya ketika di dalam kelas.

Nurul Syuhada juga berharap agar kejayaannya itu mampu memberikan inspirasi kepada dua orang adiknya yang berumur 14 dan 13 tahun bagi memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Nurul Syuhada bercita-cita ingin menjadi seorang arkitek dan berhasrat ingin menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Team Lejen Digital ingin mengucapkan tahniah atas keputusan yang membanggakan itu!

Untuk baca artikel lain berkaitan SPM, klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca