Anak Pendakwah Antarabangsa Terkenal Ditembak Di Kepala

Seorang aktivis warga Afrika Selatan yang juga anak kepada pendakwah antarabangsa yang terkenal, Sheikh Ahmed Deedat kini bertarung nyawa selepas ditembak di luar sebuah makhamah, pada Isnin.

Jurucakap polis, Kolonel Thembeka Mbela berkata, Yousuf Deedat ditembak di kepala ketika berjalan bersama isterinya menuju ke Mahkamah Keluarga Verulam di pinggir Durban.

Mbele berkata, suspek yang tidak dikenali telah menembak dan mencederakan Deedat di kepala.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan segera bagi mendapatkan bantuan perubatan manakala suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki motosikal ke arah yang tidak diketahui.

“Dia berada dalam keadaan kritikal di hospital tempatan, manakala kecederaan yang dialaminya kekal, kami berharap Yousuf Deedat segera pulih,” kata keluarga mangsa dalam satu kenyataan.

Namun, siasatan bagi kes ini akan dijalankan untuk mengetahui punca beliau ditembak.

Yousuf Deedat terkenal sebagai aktivis masyarakat dan mempunyai sarjana Islam di Durban.

Bapa kepada mangsa, Sheikh Ahmed Deedat meninggal dunia pada tahun 2005 yang merupakan bekas pendakwah Islam yang sering menganjurkan debat umum.

Di samping itu, beliau juga merupakan pengasas Pusat Penyebaran Islam Antarabangsa yang bertujuan supaya Islam didengari dan difahami di seluruh dunia.

Sheikh Ahmed Deedat telah dianugerahkan Hadiah Antarbangsa Raja Faisal pada tahun 1986 atas kerja kerasnya berdakwah selama 50 tahun.

Untuk baca artikel berkaitan pendakwah, sila klik pautan dibawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca