Anak Mungkin 70 Peratus COVID-19, Sharifah Sakinah Kongsi Detik Cemas

Jangkitan kes mengenai wabak COVID-19 kini semakin bertambah dari hari ke hari. Jumlah kematian sudah meningkat kepada 11 orang. Wabak ini boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja terutamanya ahli keluarga kita.

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah telah berkongsi detik cemas melalui satu hantaran di Instagram miliknya mengenai anaknya iaitu Anais Adha yang menunjukkan simptom-simptom dijangkiti COVID-19.

Sakinah berkata, 70 peratus berkemungkinan Anais dijangkiti berdasarkan tanda-tanda yang ditunjukkan menyebabkan pihak hospital tidak mahu menerima kes anaknya.

Bagaimanapun, Sakinah telah membawa Anais menjalani ujian saringan dan keputusan ujian tersebut telah disahkan negatif.

Sakinah sempat berpesan kepada pengikutnya supaya mematuhi arahan kawalan pergerakan oleh kerajaan sehingga 31 Mac ini.

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai COVID-19, klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca