Anak Menangis Nak Peluk, Air Mata Fazley Yaakob Jatuh Bercucuran

Sewaktu negara dilanda bencana wabak COVID-19, semua orang perlu lakukan jarak sosial yang betul demi melindungi keluarga dan orang sekeliling apabila baru sahaja pulang dari negara luar.

Chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob tidak terkecuali daripada nasib itu apabila dia yang baru sahaja pulang dari Singapura itu terpaksa berjauhan dari keluarga.

Lebih memilukan, sejurus sahaja beliau sampai di rumah, anak-anaknya berlari untuk memeluk beliau terutama sekali yang masih kecil. Namun begitu, beliau terpaksa melarang anak-anaknya daripada berbuat demikian.

Melalui perkongsian beliau di Instagram miliknya, jelas kelihatan wajahnya yang sayu melihat keluarganya dari jauh dan anak bongsunya, Ellie menangis kerana tidak dapat memeluk beliau.

Menurut Fazley Yaakob, sebaik sahaja beliau memasuki kereta dan beredar, air matanya mula bercucuran kerana tidak mampu menahan sebak.

Rata-rata warganet turut bersedih dengan perkongsian ini dan memahami tindakan Fazley Yaakob itu adalah penting untuk keselamatan keluarganya.

Semoga Fazley Yaakob dapat pulang ke pangkuan keluarganya dalam keadaan yang sihat dan selamat. Rakyat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan sentiasa lakukan penjarakan sosial untuk mengelakkan diri daripada berjangkit.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca