Anak Mata Kambing Berbentuk Segi Empat Tepat, Ini 30 Fakta Menarik Tentang Haiwan

Setiap haiwan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Berikut kami kongsikan 30 fakta menarik tentang haiwan yang mungkin ramai tidak tahu:

1. Kelawar selalunya akan membelok ke kiri setiap kali keluar dari gua.

2. Seekor lebah perlu menghisap kira-kira 4,000 kuntum bunga bagi mendapatkan satu sudu besar madu.

3. Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.

4. Lebih 10,000 ekor burung mati dalam tempoh setahun kerana merempuh tingkap.

5. Seekor zirafah boleh mencuci telinganya sendiri dengan menggunakan lidahnya yang berukuran 21 inci panjang.

6. Seekor lembu betina mampu mengeluarkan sekitar 200,000 gelas susu sepanjang hayatnya.

7. Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam apabila ia sudah matang.

8. Penguin mengawan hanya dua kali dalam masa setahun.

9. Gigi ketam terletak di dalam perutnya.

10. Hanya satu jenis haiwan sahaja yang boleh kena selaran matahari iaitu babi.

11. Seekor siput mempunyai 25,000 batang gigi.

12. Deria rasa rama-rama terletak di kaki belakangnya.

13. Tidak ada dua ekor kuda belang yang mempunyai corak belang yang sama.

14. Lalat mempunyai 4,000 kanta pada setiap matanya.

15. Gigi tikus dapat diibaratkan seperti mata pisau memandangkan ia mampu mengunyah semua benda termasuklah konkrit dan juga besi.

16. Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

17. Harimau bukan sahaja mempunyai bulu yang berbelang tetapi kulitnya juga berbelang.

18. Landak dilahirkan tanpa sebarang duri. Ia hanya akan muncul selepas 36 jam.

19. Ikan emas akan bertukar menjadi warna putih sekiranya diletakkan di dalam bilik yang gelap.

20. Seekor sotong mempunyai tiga jantung.

21. Cacing pita akan menjamu diri sendiri sekiranya tidak dapat mencari bekalan makanan.

22. Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.

23. Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin.

24. Sesetengah singa mampu mengawan lebih daripada 50 kali sehari.

25. Burung belatuk boleh mencatuk 20 kali dalam masa satu saat.

26. Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk bunyi siulan dan kata-kata daripada manusia.

27. Burung kiwi memburu dengan menggunakan deria bau kerana ia sebenarnya buta.

28. Burung helang berupaya untuk membunuh anak rusa dan kemudian membawanya terbang.

29. Beruang dewasa mampu berlari sepantas seekor kuda.

30. Gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya adalah lemak dan tidak bertulang.

Jadi, fakta mana yang paling menarik bagi anda?

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan fakta mengenai haiwan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca