Anak Lelaki Mr. Bean Yang Mirip Wajahnya Kini Sertai Angkatan Tentera Gurkha

Anak kepada pelakon dan pelawak terkenal dunia iaitu Rowan Atkinson, 64, kini tekad menjadi pegawai tentera Gurkha selepas menamatkan latihan ketenteraan selama tiga bulan di Nepal.

Leftenan Ben Atkinson, 26, menjalani kursus selama 10 minggu dan diajar mengenai budaya tempatan untuk menyertai unit yang unik dalam tentera British tersebut.

Anak kepada Rowan atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean itu, perlu belajar bahasa tempatan dalam memainkan peranan barunya sebagai pegawai tentera Gurkha. Dia turut diajar resam serta budaya tempatan sebelum diterima sebagai tentera Gurkha.

Lelaki itu yang merupakan lepasan Universiti Exeter itu juga pernah mempunyai pengalaman sebagai pegawai kehormat kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron dan bekas perdana menteri Britain Theresa May pada tahun lepas.

Ibunya, Sunetra Sastry, 62 tahun, yang berketurunan India merupakan seorang jurumekap artis di United Kingdom.

Surat daripada Persatuan Gurjha Brigade menyifatkan Ben seorang individu yang sangat cepat belajar dalam mempelajari bahasa Gurkha.

“Ini mungkin boleh dikaitkan dengan pengalaman bahasanya, memandangkan dia pernah belajar bahasa Arab dan bahasa Sepanyol atau keperluan mendesaknya untuk berbual dalam bahasa Nepal,” kata persatuan itu.

Tentera Gurkha merupakan sebahagian daripada tentera British sejak 200 tahun lalu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca