Anak Kucing Miliki Empat Telinga, Gen Resesif Yang Jarang Ditemui

midas

Seekor anak kucing comel berumur empat bulan dari Turki yang mempunyai empat telinga menjadi bualan ramai di Instagram.

Kelainan anak kucing tersebut disebabkan oleh masalah mutasi genetik yang jarang berlaku. Gen resesif yang istimewa ini hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk melahirkan haiwan bertelinga empat.

Akaun Instagram yang dicipta untuknya telah mencecah puluhan ribu pengikut sejak dibuka tiga minggu lalu. Ramai orang tertarik akan keunikan kucing ini terutamanya kepada pencinta-pencinta kucing.

Tambahan pula, kucing berbulu kelabu ini juga berjaya memenangi hati peminatnya kerana terdapat tompok putih berbentuk hati pada perutnya.

Memetik laporan Mail Online, Canis Dosemeci iaitu pemilik kucing itu memberitahu bahawa ibu anak kucing tersebut hanyalah kucing jalanan biasa.

Terdapat enam ekor anak kucing berada di taman milik seorang rakan wanita berkenaan.

Dia membuat keputusan untuk mengambil kucing istimewa ini dan menjaganya. Dosemeci telah menamakan anak kucing itu sebagai Midas.

Dilaporkan juga bahawa Midas kelihatan sihat sama seperti kucing lain. Namun begitu, Dosemeci masih membawanya menjalani pemeriksaan bagi memastikan tidak ada lagi perkembangan lain mutasi genetik pada tubuh haiwan tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca