Anak Kedua Selalunya Susah Untuk ‘Move On’? Ini Karakter Anak Pertama Hingga Anak Ketujuh Menurut Kajian

Sudah nama pun keluarga dan mempunyai pertalian darah, mesti setiap adik-beradik mempunyai macam-macam karakter. Daripada anak sulung hinggalah anak bongsu, masing-masing mempunyai perangai yang berbeza. Selalunya, kalau anak sulung mesti dilabel sebagai seorang yang garang manakala anak bongsu pula dikatakan sangat manja. Betul ke?

Kali ini, kami kongsikan karakter-karakter dalam kalangan adik-beradik daripada anak pertama hingga anak ketujuh menurut kajian daripada Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah:

Anak Pertama

1. Sangat matang orangnya.

2. Mudah memaafkan seseorang.

3. Luarannya nampak seperti garang tetapi hatinya sangat lembut.

4. Seorang yang penyayang.

5. Lebih tegas berbanding anak lain.

Anak Kedua

1. Seorang yang sangat keras kepala.

2. Susah untuk move on dan melupakan seseorang yang pernah disayangi.

3. Sangat berdikari.

4. Suka buat hal sendiri.

5. Pemaaf.

Anak Ketiga

1. Sangat sensitif orangnya dan mudah menangis.

2. Sweet dan caring orangnya.

3. ‘Bertukar’ menjadi singa apabila sedang marah tetapi hatinya cepat sejuk.

4. Tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain.

5. Seorang yang sangat manja.

Anak Keempat

1. Tidak suka susahkan orang lain.

2. Mempunyai suara yang sedap dan suka menyanyi.

3. Seorang yang pendiam apabila menghadapi masalah.

4. Kelihatan sombong tapi sebenarnya sangat peramah orangnya.

5. Tidak pandai memujuk.

Anak Kelima

1. Sentiasa mahukan perhatian lebih.

2. Seorang yang pandai berdikari tetapi tidak menunjuk sikap itu kepada orang ramai.

3. Gemar untuk tidur lambat dan susah untuk bangun tidur.

4. Suka membuat perkara yang pelik.

5. Berfikiran matang tetapi bersikap seperti orang yang tidak matang.

Anak Keenam

1. Bersikap tenang.

2. Sangat pandai mengambil hati seseorang.

3. Rajin orangnya.

4. Mempunyai perwatakan yang kelakar.

5. Sangat manja.

Anak Ketujuh

1. Mempunyai semangat yang tinggi.

2. Sangat teliti dalam melakukan sesuatu perkara.

3. Suka menyakat orang lain.

4. Sangat kuat cemburu.

5. Pandai menarik perhatian orang sekeliling.

Walau bagaimanapun, karakter-karakter ini hanyalah berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling sahaja. Mungkin tidak 100% sama tetapi ada juga yang seakan sama dengan personaliti masing-masing. Jadi, ada tak karakter-karakter di atas yang mencerminkan peribadi anda semua?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca